Menara Kuala Lumpur mencatatkan rekod baharu yang diperakui oleh Malaysia Book of Records apabila berjaya membuat pertunjukan bunga api tertinggi di Malaysia.
Memetik laporan The Star, pertunjukan bunga api itu dilancarkan pada ketinggian 307.61 meter. Pertunjukan itu meletakkan Menara Kuala Lumpur sebagai Pertunjukan Bunga Api Menara Altitud Tertinggi di Malaysia dalam Malaysia Book of Records.
Pihak pentadbiran Menara KL berkata kepada sumber bahawa ini adalah kali pertama sambutan tahun baharu disertakan pertunjukan bunga api dari menara itu sejak pembukaannya pada 1996.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, Nazli Said berkata, rekod itu mengukuhkan lagi Menara KL sebagai destinasi ikonik pelancong dan turut berharap inisiatif ini, dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini untuk meraikan detik detik bersejarah.
Dalam pertunjukan itu, bunga api pertama dilancarkan dari Tower Head, diikuti dengan pertunjukan kedua dari bawah Tower Terrace tepat jam 12.00 tengah malam.
Baca: Ini Sebab Mengapa 5 Negeri Ini Tidak Bercuti Pada 1 Januari 2025