in

“Member tak tahan gelak” – Topi Tercabut Sampai Halang Muka Ketika Menari, Gelagat Penari Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

3menari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu mesti korang pernah buat persembahan tarian kebudayaan kan. Kalau cakap pasal tarian kebudayaan tu mesti akan melibatkan pakaian yang tak biasa kita pakai. Kalau nak pakai juga, mesti kena set kan betul-betul, kalau tak memang tercabut dibuatnya.

Itulah yang berlaku kepada salah seorang penari dalam video yang min nak share dengan korang harini. Dalam satu video yang tular baru-baru ini, kelihatan dua orang penari sedang melakukan persembahan pentas. Yang menariknya, hiasan kepala salah seorang penari telah tercabut. Namun, untuk tidak mencacatkan persembahan, penari itu terus menari seolah tiada apa yang berlaku. Kelihatan juga rakan penari yang turut berada di pentas ketawa terbahak-bahak. Korang boleh tengok video @novaaceh26 di bawah.


@novaaceh26

sangking semangatnya Nari, Bulang-bulang nya sampe yangkut dan hampir terjatuh seperti itu,??? #ujian UAS Tarian ser ser tentoa #Pakpak Bharat #Sumatra Utara #pyppppppppppppp

♬ suara asli – nova26 – nova26

 

Member tak tahan gelak

Kejadian dalam video ini dipercayai berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Min tak pasti lah pulak apa nama tarian ni, tapi gelagat penari yang seorang lagi tu ketawa sambil menari memang buat orang lain terhibur.

Screenshot 2024 06 08 at 2.56.29 PMMin pun nampak gak. Entah nanti bila turun pentas confirm sambung ketawa sampai guling-guling. Yang topi terjatuh tu pun bukan nak betulkan, slumber je menari.

Screenshot 2024 06 08 at 2.56.56 PMItu lah. Bila pandangan dah terhalang, step pun semua ke laut. Rasanya dia perasan je tu topi terjatuh, tapi komitmen penuh untuk tarian tetap diberikan. 

Screenshot 2024 06 08 at 2.57.18 PMRasanya penonton mesti keliru, tengok tarian kebudayaan ke pentas komedi. Kalau min sebagai penonton memang dah gelak terbahak-bahak dah kat situ. 

 

Baca: “Guna trend untuk drag” – Content ‘Mak Saya Suruh Break’ Iqbal Zulkefli Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.