in

“Memang tak manis buka aib sendiri” – Isu Pernah Ketagih Judi, Shuib Akui Terkhilaf

Shuib Main Judi Buka Aib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang susulan pengakuan pelawak dan usahawan, Shuib tentang dirinya yang pernah terjebak permainan judi sehingga mengalami ketagihan suatu ketika dahulu.

Shuib dikecam hebat oleh netizen kerana perkongsiannya itu dikatakan membuka aib sendiri sedangkan selama ini Allah menutup aib dirinya.


Enggan memperbesarkan isu tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad mengaku khilaf dan memohon maaf atas keterlanjuran berkongsi kisah silamnya.

Artikel berkaitan: “Ni pengajaran untuk semua” – Dedah Pernah Berhabis Duit Sebab Judi, Shuib Bersyukur Sempat Berhenti

Artikel berkaitan: “Tak perlu share kot” – Shuib Kongsi Anak Perempuan Dah Baligh Tapi Netizen Tak Setuju?

Katanya, walaupun perkongsian yang dibuat bertujuan memberi pengajaran kepada orang ramai, tetapi kisah membuka aib tidak seeloknya didedahkan secara terbuka.

2815983

“Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

“Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukum dirinya.

Menerusi perkongsian itu juga, Shuib turut memaklumkan pernah dikepung dengan beberapa gangster selepas memenangi wang taruhan berjumlah RM68,000 dan sejak daripada itu, dia telah meninggalkan tabiat tersebut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.