Isu mengenai pelakon dan pengacara Myra Natasha Abdullah, 27 menjadi perhatian orang ramai berhubung isunya mengenai statusnya bersama ayahnya merupakan seorang bekas penyampai radio terkenal Halim Othman, 56.
Harian Metro melaporkan bahawa, ayahnya berkahwin dengan ibunya di Thailand pada tahun 1994 dan bercerai pada tahun 1998.
Berikutan dengan isu ini, ia membuatkan seorang peguam Syariah, Muhammad Syarafi terpanggil untuk menjelaskan kesannya terhadap isteri dan anak jika satu pasangan itu bernikah di luar negara seperti kes ini.
Memang anak kandung tapi tetap anak kepada ‘Abdullah’
Dalam kes ini, Myra Natasha menjelaskan bahawa ia menyukarkan status binti kerana perkahwinan orang tuanya itu tidak diiktiraf di negara ini.
Susulan itu, Syarafi menjelaskan beberapa sebabnya iaitu:
2)Isu perwarisan dan harta pusaka.
Kalau Halim meninggal nanti, Myra tak boleh tuntut harta pusaka dia. Asas tuntutan dalam harta pusaka ialah waris² mestilah waris² yang sah di sisi undang².
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Katanya lagi, antara bukti untuk menunjukkan seseorang waris itu sah di sisi undang-undang ialah dengan memohon sijil faraid di mahkamah syariah.
Namun begitu, jika ingin memohon sijil faraid, perlulah kena ada bukti surat beranak dan sijil nikah. Surat beranak bin/binti Abdullah dan sijil nikah pula tak ada, itu adalah faktor utama yang menyukarkan urusan.
Apa Myra nak buat? Minta ayah dia buat wasiat atau hibah siap². Kalau wasiat Myra layak dapat 1/3 (kerana Myra bukan waris). Tapi kalau Halim nak bagi lebih, dia kena bagi harta dia kepada Myra sekarang iaitu semasa dia masih hidup.
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Disebabkan itu, Syarafi menjelaskan bahawa Myra boleh meminta ayahnya buat wasiat atau hibah.
dari perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu iaitu sama hukumnya dengan nikah fasid. Anak wati’ syubhah, jika berjaya disabitkan nasabnya di mahkamah syariah, maka dia boleh dibintikan kepada bapanya,
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Jika mereka mendakwa telah bernikah di luar negara, beban pembuktian untuk mengatakan pernikahan itu wujud ialah ke atas pasangan suami isteri tersebut. Mahkamah hanya perlu melihat kepada dokumen atau bukti² pernikahan tersebut.
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
3 kemungkinan yang berlaku di Mahkamah
Perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah.
2-Dokumen nikah luar negara ada. Tapi ada rukun nikah yang diragui contohnya pernikahan dibuat oleh jurunikah tak bertauliah
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Katanya, mahkamah akan sabitkan pernikahan tersebut sebagai pernikahan yang fasid, mengarahkan untuk difaraqkan dan pasangan tersebut perlu bernikah semula di Malaysia. Nasab anak tersebut akan disabitkan sebagai wati’ syubhah.
Tambahnya, perintah tersebut boleh dikemukakan di JPN dan pihak JPN akan menukar bin/binti anak tersebut kepada nama bapa sebenar selaras dengan perintah mahkamah (anak wati’ syubhah sama statusnya dengan anak sahtaraf).
memang telah dijalankan. Mahkamah akan memeriksa semua keterangan dan kalau berjaya akan dapat perintah seperti 2 contoh di atas. Tapi jika tak ada langsung dokumen dan usaha?
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Dan mungkin ada masyarakat yang keliru dengan kenyataan beliau untuk mengekalkan nama Abdullah sebagai binti anaknya. Nak kekalkan nama Abdullah tu tak ada masalah langsung sebenarnya yang penting sabitkan dulu nasab anak tu di mahkamah syariah.
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Menurutnya lagi, pihak JPN memang tak boleh buat apa-apa selagi tak ada perintah dari mahkamah syariah berkenaan isu tersebut. Jika dah disabitkan nasabnya, walaupun berbintikan Abdullah, dia akan dapat semua hak seorang anak untuk diwalikan oleh bapanya, dapat hak faraid dari bapa dan dapat nasab keturunan bapanya. Ini bukan isu tak kisah dan tak nak menyusahkan. Ini melibatkan isu penting tentang status anak dan hak.
Nasihat saya pada halim, jangan mengalah dan putus asa. Cuba usahakan lagi, kesian Myra.”
Sebenarnya bukan nasihat untuk halim sahaja tapi ramai lagi di luar sana yang ada masalah yang sama seperti ini sebenarnya. Tolonglah ambil cakna.
Pengajaran untuk yang belum terjebak. Jangan buat keputusan singkat. Nikah luar negara memang cepat dan mudah.
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Nasihatnya lagi, fikirkanlah kesan jangka masa panjangnya. Kalau terpaksa juga nikah di luar negara atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, bila dah balik malaysia cepat-cepatlah buat pengesahan di mahkamah syariah dan daftarkan pernikahan tersebut di pejabat agama.
“Kesannya tak nampak sangat kepada lelaki/suami. Tapi yang jadi mangsa ialah isteri/anak-anak.”
Anak tu tak salah. Yang salah ialah mak ayah yang tak fikir panjang.
Ambik pengajaran. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Biar tahu jangan keliru.
Sumber: FB Roslina Sabiyah#SyarieCounsel#celiksyariah#celikpusaka#peguammenulis#nikahluarnegara
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) May 12, 2022
Baca : Peguam Jelaskan Bagaimana Pasangan Curang Boleh Didakwa Dalam Konteks Undang-Undang Syariah