in

“Melampau betul!” – Netizen Kecam Tindakan Lelaki Guna Sabit Untuk Kawal Gajah

Gajah 7

Kalau anda perasan, sekarang ni ramai orang memilih melancong sebagai aktiviti beriadah bagi mengisi masa lapang bersama keluarga ataupun kawan-kawan. Bagi merasai pengalaman yang luar biasa, banyak tempat yang menawarkan khidmat menunggang haiwan seperti gajah dan kuda.

Sebelum ini pernah tular di media sosial seekor gajah di Thailand bernama Pai Lin yang mempunyai masalah tulang bengkok selepas 25 tahun menjadi haiwan tunggangan kepada pelancong-pelancong yang datang.

Artikel berkaitan: 25 Tahun Angkut Pelancong, Gajah Ini Terpaksa Tanggung Kecacatan Kekal Tulang Belakang

Artikel berkaitan: “Siap respon angkat belalai!” – Kehadiran Gajah Berenang Di Tasik Kenyir Jadi Tumpuan Pelancong

Terbaru, satu video yang dimuat naik oleh @tataehyung32 di TikTok menunjukkan beberapa ekor gajah sedang membawa para pelancong di atasnya.

Gajah 8 Gajah 9 Gajah 10

Boleh tengok video di sini.

Gajah yang ditunggang oleh para pelancong itu walau bagaimanapun sedang dikawal oleh lelaki yang memegang sebilah sabit. Dapat dilihat, sabit tersebut dijadikan alatan untuk menyuruh gajah itu berhenti atau mengalihkan pandangan.

Apa yang menyedihkan adalah gajah itu hanya menurut arahan tuannya. Apabila sabit itu ditekan pada atas kepalanya, ia perlu berhenti. Jika sabit itu ditekan di bahagian kiri atau kanan atas kepala pula menandakan ia mesti mengalihkan pandangan ke arah yang disuruh.

Mata sayu itu menceritakan segalanya

Jika dilihat di dalam video, gajah tersebut seolah-olah sedang menanggung kesakitan kerana perlu membawa para pelancong tanpa henti. Walaupun badannya besar, ia tidak mampu melawan manusia mungkin kerana terlalu penat ‘bekerja’.

Kebiasaan perkhidmatan seperti ini perlu dibayar oleh pelancong namun kapsyen dalam video itu menyeru orang ramai untuk tidak support kegiatan ini kerana ia seakan-akan menyeksa binatang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa sedih akan nasib yang dialami oleh haiwan itu.

Gajah 1 Copy

Sumber: TikTok