in

MCMC Cari Aliff Syukri & Individu Dalam MV Lagu Kelepok Raya

Ft Mv Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan video muzik lagu raya terbaru daripada pengasas kosmetik Aliff Syukri menjadi kritikan orang ramai sejak minggu lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan memanggil individu yang terbabit dalam klip video berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya telah memberikan notis kepada mereka yang terlibat dalam klip tersebut untuk hadir ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya pagi tadi.


Siasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988

Screenshot 2022 04 26 114554

Menurutnya lagi, ada sebab untuk siasatan dilakukan, malah ianya dibuat berikutan dengan terlalu banyak menerima aduan termasuk daripada Jabatan Perdana Menteri khususnya Hal Ehwal Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegenai klip itu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad juga turut memaklumkan bahawa klip video tersebut telah dirujuk kepada Jakim untuk dibawa ke pihak berkuasa.

Untuk rekod, video muzik lagu Kelepok Raya itu memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berpewatakan lembut itu dikritik kerana bertentangan dengan budaya Melayu dan orang Islam, apatah lagi ditayangkan ketika bulan Ramadan.

Baca : “Menggeletisnya belakang tu! – [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Netizen ‘Rimas’ Tengok Penari Latar

Untitled Design 2022 04 14T161839.333

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.