Sebelum ini, tular beberapa gambar dan video yang memaparkan pertunjukkan beragam di sekolah-sekolah bagi bersolidariti dengan Palestin.
Namun, banyak kecaman yang diberikan kepada pihak sekolah kerana mengadakan pertunjukkan sebegitu, ia kerana guru-guru itu bertindak membawa senjata mainan sambil bertakbir.
Artikel berkaitan: Guru Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin, Dikecam Kerana Bawa Senjata Mainan Ke Sekolah
Artikel berkaitan: “Ramai orang lepas ni!” – Netizen Bangga Woodfire Nak Gantikan Coca-Cola Dengan Minuman Tempatan
Pun begitu, hari ini tular satu lagi video yang memaparkan satu pertunjukkan persembahan di sekolah yang menarik perhatian netizen dan mendapat pujian.
@wawanoryie #tcherwinsome #jadiDiriMu #aura #fypシ #foryou #withlove #mdmwawa? #saved #freepalestine??❤️ #freepalestineforever✊???? #freepalestinenow??❤️ #israelisachildkillerregime #israelisawarcriminal #bebaspalestinehancurisrael #malaysiastandwithpalestine????
Perkongsian di TikTok oleh @wawanoryie itu memaparkan beberapa orang murid dan guru membuat satu persembahan lakonan sketsa yang menggambarkan situasi seperti di Palestin, mereka dilihat berlari dan ingin menyelamatkan kanak-kanak tetapi ada yang sudah ‘terkorban’.
Ada juga babak yang dilakonkan oleh seorang guru di mana seorang ibu meratapi kematian anaknya yang masih kecil serta ada juga guru yang berpakaian seperti askar mendukung seorang anak kecil yang dilihat sedang lemah.
“Rasa terkesan sangat”
Lakonan itu sudah pastinya memberikan impak kepada sesiapa yang menontonnya, rata-rata netizen memuji usaha guru-guru di situ dalam bersolidariti dengan Palestin.
Ada juga yang merasakan sketsa itu tidak keterlaluan dan sesuai dijadikan bahan ajaran di sekolah.
Aduh, sebaknya tengok…
Sumber: TikTok