in

“Masyuk!” – Pembuka Tirai Tahun Baru, Pelayan Restoran Ini Terima Tip Berjumlah $2,020

Pelayan Dapat Tip 2020

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar bagi kebanyakan individu. Oleh itu, sebaik sahaja tahun baru 2021 menjelma, ramai yang berdoa dan berharap tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bagi seorang pelayan restoran, tahun baru 2021-nya bermula dengan sangat baik apabila dia menerima tip bernilai $2,020.00 daripada seorang pelanggan.


Kalau convert duit Malaysia tu dapat RM8,126! Masyuk!

Masala Mantra e1609638212534

Memetik laporan Hindustan Times, insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran makanan India bernama Masala Mantra Indian Bistro di Florida, Amerika Syarikat. Kisah mengenai hal itu diceritakan melalui laman sosial Facebook rasmi premis berkenaan.

Korang boleh tengok sendiri resit kat bawah ni:

https://www.facebook.com/IndianBistroMasalaMantra/photos/a.131402601617515/402542451170194/?type=3

Menurut posting berkenaan, tip bernilai $2,020.00 itu diberikan seorang pelanggan kepada seorang pelayan restoran itu yang hanya dikenali Dawn. Tambah wakil restoran itu lagi, tip itu merupakan tanda penghargaan kepada Dawn yang dikatakan telah memberikan servis yang sangat baik pada hari kejadian.

“Kami semua tumpang gembira buat Dawn. Semoga Tuhan merahmati orang baik seperti ini. Tahun ini (2020) merupakan tahun yang sukar terutama sekali bagi kami yang bekerja dalam sektor makanan tetapi perbuatan baik ini merupakan penutup yang baik,” tulis restoran berkenaan.

Walaupun identiti sebenar si pemberi tip baik hati ini tidak didedahkan, jumlah wang yang diberikan kepada Dawn berkemungkinan besar adalah salah satu trend yang dikenali sebagai 2020 Tip Challenge.

tipping money.0 e1609638394641
Gambar hiasan

Buat korang yang tak tahu, 2020 Tip Challenge ini merupakan trend dimana seseorang individu akan memberikan tip berjumlah $2,020.00 atau $20.20 kepada mana-mana pelayan restoran sebagai salah satu cara untuk menyebarkan kegembiraan.

Semenjak perkara itu dikongsikan ke laman sosial, netizen telah membanjiri ruangan komen Facebook restoran berkenaan.

Rata-ratanya berkata mereka tumpang gembira dengan pelayan Dawn dan memuji pihak restoran yang membenarkan pekerja mereka menyimpan tip berkenaan.

Sementara itu, ada juga yang memuji pemberi tip misteri dengan berkata mereka gembira orang baik seperti ini masih wujud dalam dunia.

Apa komen korang mengenai peristiwa ni?

Sumber: Hindustan Times

Baca: “Kalau udang sorok bawah nasi boleh detect tak?” – Restoran di China Ini Guna Scanner Untuk Kira Harga Lauk

mamak01 e1609637928490

Sumber: eater

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.