Pempengaruh terkenal yang juga suami kepada Maryam DurianKimchi, Ryzal Ibrahim baru-baru ini teruk dikecam netizen di media sosial selepas dituduh memuji keindahan sebuah bangunan yang disamakan dengan gereja.
Walau bagaimanapun, ternyata tuduhan netizen itu salah belaka kerana Ryzal melalui video berkenaan menjelaskan bahawa dia telah berkunjung ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di IIUM dan bukannya ke sebuah gereja.
Seni bina bangunan tersebut difahamkan telah mengambil inspirasi daripada seni bina Andalusia-Morocco dan ia merupakan pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam di Malaysia.
Korang tau tak ni tempat apa? Nampak macam familiar kan? Nampak macam church kan?
“Tempat ini adalah islamic study hall, tempat ini di Bukit Tunku dan tempat ini berdekatan dengan Masjid Zabedah,” jelas Ryzal.
Artikel berkaitan: Ryzal Duriankimchi Dilabel ‘Humble Bragging’ Lepas Buat Video Rutin harian B40 Tapi Tayang Barang Mewah
Artikel berkaitan: “Kalau takde duit kenapa berbelanja sampai berhutang?” – Isu Hina B40, Ryzal Ibrahim Buka Mulut
“Gereja tu bod*”
Video berkenaan telah menerima komen negatif netizen di Facebook yang mana rata-rata menuduh Ryzal memasuki gereja dan sengaja membuat video berkenaan untuk mendapat perhatian netizen.
Namun komen-komen berkenaan telah disangkal netizen yang cakna dengan bangunan berkenaan yang dikenali sebagai ISTAC-IIUM.
Malah ramai juga yang geleng kepala membaca komen-komen jahil daripada netizen yang tidak mengetahui sejarah bangunan berkenaan yang diinspirasikan zaman kegemilangan Islam di Sepanyol suatu ketika dulu.
Ryzal juga dalam satu video lain ada menunjukkan Masjid Zabedah yang reka bentuk dalamannya yang diinspirasikan seni bina Islam-Sepanyol.
Ada yang pernah datang sini tak? Kalau nak buat majlis kahwin pun boleh buat kat sini tau. Memang cantik tempatnya. Harap lepas ni tak adalah yang salah anggap ISTAC ni sebagai gereja.
Sumber: Facebook