in

“Masa menunggu mungkin sampai 5 jam” – Hospital Kerajaan Alami Kekurangan Doktor, Mohon Maaf Kepada Pesakit

syaz ft 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fasiliti perubatan di Malaysia ini antara yang perkara yang boleh dibanggakan memandangkan kos rawatan di fasiliti kerajaan sangat minimal.

Namun, tidak dapat dinafikan oleh kerana terlalu ramai yang menggunakan fasiliti itu servis atau perkhidmatannya boleh memakan masa.


Artikel berkaitan: “Jangan buat cerita” –  Ada Netizen Dakwa Kipas Angin Punca Berlaku Bell’s Palsy, Doktor Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: Doktor Beri Gambaran Kecederaan Faisal Halim, Ini Yang Dimaksudkan Dengan Melecur Tahap 4

Terbaru, tular satu gambar di sebuah hospital kerajaan dipercayai terletak di Kedah yang memaparkan tulisan permohonan maaf yang ditulis di atas sebuah papan putih.

cats 16

Dalam keluhan itu, difahamkan hospital tersebut mempunyai masalah kekurang doktor dan pesakit yang berada di situ terpaksa menunggu sehingga 5 jam.

“Selamat pagi, minta maaf. Kami menghadapi kekurangan doktor, masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.

Doktor kami kerja sampai naik pengsan dan sakit masih kerja. Ada (doktor) yang sudah letak jawatan, pergi (hospital) swasta.

Kami ingin berkhidmat untuk rakyat, tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan dan puan faham. Minta maaf,” tulisnya di papan putih itu.

Hantaran itu menjadi perhatian di media sosial namun menurut laporan Harian Metro, masih belum ada maklum balas daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan selain langkah akan diambil bagi membantu kakitangan perubatan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.