Terus terjejas banjir, penduduk Taman Sri Muda, Shah Alam akan failkan saman berhubung dengan pengabaian pihak berkuasa susulan banjir besar yang telah mengorbankan 9 nyawa di kawasan tersebut pada bulan lalu.
Saman itu menamakan Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor.
Pengabaian sistem pengairan?
Menerusi FMT, Peguam Sachpreetraj Singh Sohanpal berkata, lebih kurang dalam 40 orang penduduk di kawasan itu berminat untuk terbabit dalam proses saman tersebut.
Dalam intipati saman tersebut ia melibatkan pengabaian, dimana kerajaan sepatutnya mempunyai tanggungjawab menjaga rakyat Selangor, termasuk menyediakan sistem pengairan baik, selain mengambil tindakan secukupnya berhubung bencana.
“Mana-mana mangsa, penduduk, peniaga atau sesiapa sahaja yang terjejas dengan banjir di Taman Sri Muda dialu-alukan.”
Untuk rekod, banjir besar yang melanda Selangor bulan lepas telah meragut 25 nyawa mangsa dan kebanyakannya di Shah Alam.
Baca : Wanita Menyamar Jadi Mangsa Banjir, Terima Pelbagai Jenis Bantuan Dari NGO