Pentingnya bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil untuk menyediakan sebuah car seat di dalam kereta dan memastikan anak mereka duduk di kerusi berkenaan atas faktor-faktor keselamatan.
Ia kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa seperti apa yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan video seorang kanak-kanak kecil dilihat terjatuh dari kereta dan dilanggar sebanyak dua kali oleh kenderaan di jalan raya. Allahu!
Kejadian dilaporkan berlaku di hadapan pasar raya Billion, Kota Bharu pada 17 Oktober 2023.
Artikel berkaitan: “5 minit 3 orang jatuh” – ‘Flyover’ Kg Pandan Didakwa Tak Selamat, Boleh Sebabkan Kemalangan
Artikel berkaitan: “Mana mak ayah dia?” – Budak 2 Tahun Tiba-tiba Lintas Jalan, Nyaris Dilanggar Kereta
Menerusi video tersebut, dapat dilihat budak berkenaan secara tiba-tiba terjatuh dari kereta hitam yang mana pintunya telah dibuka sebelum sipi-sipi dilanggar oleh sebuah kereta berwarna putih.
Budak itu kemudian sekali lagi dilanggar oleh sebuah kereta merah dengan kuat sekali sehingga terpelanting ke depan.
Namun budak berkenaan dilihat bangun semula dan meluru ke arah sebuah motosikal yang mana penunggangnya mengangkat mangsa dan menenangkannya.
Lihat video penuh di sini.
“Pentingnya pakai child seat, child lock”
Rata-rata netizen seriau melihat kejadian yang menimpa budak berkenaan dan tertanya-tanya di manakah ibu bapanya yang seakan tidak sedar dengan kemalangan yang berlaku.
Malah ramai juga yang menasihatkan ibu bapa agar memasang child lock pada pintu kereta serta meletakkan anak di atas car seat untuk pertingkatkan keselamatan.
Harap budak tu selamatlah tanpa sebarang kecederaan. Takutlah min tengok cara dia dilanggar tu.