in

“Mana nak cari?” – 5 Jenis Kuih Raya Ni Auto Buat Korang Rindu Zaman Beraya Dulu-Dulu!

page kuih raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, salah satu tarikan sepanjang Aidilfitri adalah kepelbagaian kuih raya yang dihidangkan oleh tuan rumah untuk tetamu yang hadir. Meriah, memang tertunggu-tunggu apa je yang ada!

Lagi-lagi, kalau kuih raya yang ada tu favourite korang pulak kan? Memang terus grab, tak pandang kiri kanan dah!


164e

Tapi, dengan zaman dah makin maju ni, lagi banyak kuih raya moden… Sampaikan kuih raya dulu-dulu dah jarang sangat nak jumpa sekarang. So, min nak share dengan korang lima jenis kuih raya yang confirm korang rindu!

1. Biskut Dam

Haa, siapa yang sempat rasa biskut ni? Kita geng! Biskut dam ni memang famous dulu. Sebabnya tak semua boleh buat betul-betul sampai menjadi dengan tekstur dia yang rangup tapi lembut bila digigit.

dam

Memang terbayanglah combination rasa coklat dengan vanila. Tapi, sebabkan ni jugak kot dah ramai pembuat kuih raya tak buat lagi biskut dam ni. Mungkin sebab leceh? Yelah, kena asingkan dua bancuhan lain dulu, then baru jadi!

2. Biskut Aiskrim

Biskut aiskrim ni mesti korang auto teringat zaman childhood dulu kan? Min sendiri kalau nampak biskut aiskrim ni, memang terus bantai sorang-sorang! Tapi zaman sekarang ni susah dah nak jumpa biskut ni kat mana-mana… Huwek, sedih!

8 4

Maybe sebab agak susah nak ratakan bahagian coklat kat atas tu untuk ikut sama bentuk. Boleh kata dulu-dulu, min pergi je rumah orang mesti akan ada punyalah biskut aiskrim ni!

3. Batang Buruk

Kalau korang tanya ibu ayah korang apa kuih favourite diorang, mesti laju je diorang akan cakap, ‘Kuih batang buruk!’. Apa specialnya kuih ni sampaikan diorang still mencari zaman sekarang ni walaupun harga mahal?

batang buruk

Haa, walaupun nama kuih ni sendiri ‘buruk’, tapi rasa dia… Fuhh, sedap! Memang menggamit kenanganlah kalau dapat jumpa kuih ni kat rumah orang. Bak kata orang, simple is better. Gitchew!

4. Kuih sampan

Siapa ingat lagi dengan kuih sampan ni? Korang memang legend! Sebab apa? Sebab kuih ni boleh dikatakan salah satu warisan dari zaman nenek moyang kita lagi. Tapi, dah makin susah nak jumpa, lagi-lagi dalam zaman milenial ni.

D7OsW13VsAAv1z

Paling rare, kuih sampan ni menggunakan adunan kelapa goreng sebagai inti. Bukan tu je tau, paling unik of course lah bentuk macam sampan. Kalau tak sama bentuk, memang terus senget. Tak pasal-pasal tenggelam nanti!

5. Kuih putu kacang

Okay, kuih yang last ni, mesti korang tahu punya… Tak lain tak bukan, kuih putu kacang! Walaupun kuih ni cuma guna kacang hijau sebagai basic, tapi cara pembuatan tu yang complicated sikit.

Butterkicap Kuih putu kacang 1024x683 1

Mana taknya, kacang hijau yang digunakan mestilah ditumbuk halus sebab kalau korang blend, memang rasa dia kurang ‘kick’ sikit dan nampak agak kering selain dari cepat pecah lepas dah bake tu.

So, kuih-kuih ni ada tak dalam list untuk dihidangkan kat rumah korang time raya? Kalau ada, korang memang terbaik! Selamat Hari Raya, semua!

Sumber: Astro Gempak, RasaMy

Baca: Raya, Raya Juga… Tapi Covid-19 Jangan Lupa! 5 Tips Korang Boleh Follow Sempena Aidifitri 2022!

untitled 3 8

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.