Sejak malam tadi, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang merintih dan meraung pilu apabila melihat suaminya maut dalam satu kemalangan.
Video rintihan wanita itu tular susulan satu kemalangan maut yang berlaku di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin, Melaka.
Suasana pilu itu dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial.
Artikel berkaitan: Ramai Sebak Tengok Adik Ni Meraung, Rumah Hangus Dijilat Api Sebelum Ramadan
Artikel berkaitan: Peniaga Ditimpa Kemalangan, Netizen Simpati Lihat Kuih Jualan Bertaburan Atas Jalan Raya
Dalam video tersebut, dapat dilihat sebuah kereta jenis Proton Wira terperosok di bawah sebuah treler dan pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan tersebut.
@sinarharianonline “Dia bawa lori macam mana Man, itu ayah kau Man… ayah kau… dia tak tengok orang ke,” itu raungan pilu seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan maut di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, di sini, pada Isnin. Suasana pilu itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial. Video berdurasi 44 saat itu menunjukkan seorang wanita berbaju hitam meraung kepada seorang lelaki dipercayai ahli keluarganya ketika berada di tempat kejadian. SinarHarian SinarTerkini Lori Treler Kemalangan
Menurut Sinar Harian, kemalangan itu berlaku lebih kurang jam 7.39 pagi semalam, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad Johari Mohamad Nin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Wak Joe’ meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati treler yang dipandu seorang warga emas berusia 60 tahun dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala ke Lipat Kajang.
Setiba di lokasi kejadian, kenderaan berat itu telah keluar dari simpang manakala kereta dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian tengah treler terbabit.
Difahamkan, pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Al-Fatihah…
Sumber: Sinar Harian