Sedang orang lain seronok berkonvo dan menyambut kegembiraan ni bersama keluarga tercinta, seorang lelaki mengimbau kembali kenangannya dengan ibu yang sudah lama meninggal dunia.
Lebih sebak apabila ibu lelaki ni ada meninggalkan sebuah diari yang mencatatkan rasa gembiranya apabila si anak yang bernama Azlan tamat pelajaran dan berkonvo di universiti. Ini apa yang dikongsikannya di Twitter.
“Aku tak sangka mak aku bangga gila masa tengok aku konvo pada 2010”
Ibu mana yang tak berbangga dengan kejayaan anaknya kan? Kalau ibu korang masih hidup, mungkin korang boleh imbau kembali kenangan ni dengannya sekarang. Cuba kalau ibu korang sudah tiada di muka bumi ni, diarinyalah yang jadi tinggalan berharga buat si anak.
“Alangkah sukanya mama hari ini ini kerana Adik Lan telah berjaya menamatkan pengajiannya. Hari ini adalah hari yang paling bertuah. Konvo Adik Lan. Tatkala nama dipanggil, mama terlalu gembira hingga menitis air mata.
“And juga hati mama terlalu mengingati arwah Bak (ayah Azlan). Sekiranya Bak masih ada, dah tentu Bak pun segembira mama. Tahniah Adik Lan,” tulis ibu Azlan.
Allaaah sedihnya baca!
“Dia tulis benda yang aku inform dia… tarikh start kerja, tarikh adopt kucing, tarikh dia terasa dengan aku pun ada”
Sebaik ibunya meninggal dunia, Azlan ambil diari tu dan baca macam-macam perkara yang si ibu tulis tentang kehidupannya. Ini termasuklah perkara remeh temeh macam tarikh dia adopt kucing dan menang pertandingan pidato. Sayangnyaa si ibu dengan Adik Lan ni!
“Bro you buat air mata I menitis”
Perkongsian daripada Azlan ni menarik perhatian netizen dan kebanyakannya tersentuh dengan hubungan anak beranak tersebut. Ramai yang cakap Azlan anak yang baik dan orang tua memang suka luahkan perasaan dalam tulisan.
Semoga roh ibu Azlan dicucuri rahmat. Bagi mereka yang masih ada ibu bapa, sayangi dan hargailah pengorbanan mereka.
Baca: “Mak sayang Ilham” – Ibu Tetap Cium Walaupun Mayat Anak Dah Berbau