Pernah tak anda rasa kulit di muka seolah-olah berlubang? Lubang tersebut sebenarnya dipanggil sebagai liang pori. Kewujudannya adalah untuk mengekalkan minyak agar kulit menjadi lembut dan terhidrasi.
Saiz liang pori adalah berbeza pada setiap orang, ada yang kecil dan ada juga yang terlalu besar, sehingga menampakkan kulit wajah anda seolah-olah berlubang.
Fakta mengenai pori
1. Pori tidak boleh dihilangkan. Kita hanya boleh mengecilkan liang pori agar tidak kelihatan daripada mata kasar.
2. Saiz pori ditentukan oleh genetik dan hormon kita.
3. Pori memainkan peranan yang penting untuk kesihatan kulit.
Cara untuk mengecilkan pori agar kulit muka nampak berseri dan cantik
1. Gunakan kaedah double cleansing
Basuh wajah anda sebanyak dua kali, gunakan oil cleanser dan kemudian basuh dengan menggunakan pencuci muka yang biasa. Namun, pastikan pH pencuci muka anda rendah dan selamat.
2. Exfoliate
Selepas kaedah mencuci muka anda sudah stabil dan kerap dilakukan, anda boleh gunakan exfoliator seperti scrub ataupun AHA/BHA. Namun, sudah banyak kajian yang menunjukkan scrub tidak elok digunakan untuk kulit wajah kerana teksturnya yang terlalu kasar.
3. Guna clay mask
Clay mask berperanan untuk membuang kotoran dalam pori yang tersumbat. Guna clay mask sebanyak dua atau tiga kali dalam dalam masa seminggu.
4. Pakai sunscreen
Rasanya masih ramai lagi di antara kita yang tidak memakai sunscreen. Sunscreen wajib dipakai pada setiap hari okay!
5. Moisturizing is the key!
Kulit anda akan mengeluarkan minyak yang berlebihan apabila kulit tidak mendapat kelembapan yang mencukupi. Moisturizer boleh dipakai sebelum keluar rumah dan sebelum tidur.
Selamat mencuba!
BACA: Lagi Bencana 2020 : Pesawat Air India Express Terbelah Dua Ketika Mendarat, 17 Maut