in

Malu Isteri Hamil 6 Bulan Masa Sanding, Pengantin Lelaki Larikan Diri Lepas Habis Nikah

Ft Pengantin Lelaki Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di negara jiran kini sedang tular berkenaan kes seorang wanita berusia 16 tahun yang hamil enam bulan terpaksa duduk di atas pelamin berseorangan setelah suaminya lari seusai selesai majlis pernikahan mereka.

Menurut Tribun, peristiwa tersebut berlaku di Bima, Nusa Tenggara, Barat, Indonesia pada 11 Ogos lalu. Difahamkan, pengantin lelaki yang berusia 18 tahun itu ‘cabut lari’ menggunakan motosikal.


Kisahnya, pada mulanya kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menikah bagi menutup aib keluarga. Kedua-dua belah keluarga juga setuju untuk hanya melakukan majlis nikah tanpa perlu bersanding.

Screenshot 2023 08 15 145430

Namun begitu, beberapa hari sebelum mereka nikah, keluarga belah lelaki baru dapat tahu yang akan ada majlis sanding. Kad undangan majlis pun keluarga belah perempuan sudah sebarkan tanpa pengetahuan mereka.

Disebabkan mereka telah melanggar perjanjian, pihak keluarga kemudian memutuskan untuk membawa lari pengantin lelaki suapaya tidak duduk di atas pelamin bersama isterinya.

Menurut sumber lagi, pasangan pengantin ini mula berkenalan pada Februari 2023 lalu, tak lama selepas itu, mereka berdua terlanjur dan perkara ini diakui oleh pengantin lelaki.

Screenshot 2023 08 15 145446

Bagaimanapun, selepas 4 bulan mereka berkenalan, pengantin wanita mengadu kepada pengantin lelaki bahawa dia sudah hamil dan pada hari pengakuan itu, wanita itu mengatakan bahawa usia kehamilannya sudah 5 bulan.

Screenshot 2023 08 15 145621

Mendengar pengakutan tersebut, keluarga sebelah lelaki berasa curiga bahawa wanita itu mempunyai lelaki lain sebelum anak mereka. Ini kerana usia perkenalan pasangan itu baru sahaja 4 bulan, tapi kandungan sudah mencecah hampir 6 bulan.

Perkahwinan mereka ini akhirnya diadakan kerana keluarga wanita itu berkeras mahukan pengantin lelaki ini untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

Keluarga lelaki akhirnya bersetuju untuk kahwinkan mereka. Namun disebabkan keluarga si wanita melanggar perjanjian itu, maka terjadilah insiden seperti di atas ini.

Baca : “Pahit untuk ditelan” – [VIDEO] Isteri Masuk Hospital, Pengantin Lelaki Terpaksa Bersanding Seorang Diri

Pengantin Sanding Seorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.