Statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak pernah dianggap sebagai kekurangan mahupun penghalang baginya mencari rezeki. Noor Izatty Sahrif, 37, mencari rezeki dengan menjual produk makanan dan menggunakan platform Facebook untuknya mempromosikan setiap produk melalui ‘live’.
Video ‘live’ Izzaty mendapat perhatian apabila ianya viral di laman Twitter selepas dimuat naik oleh seorang pengguna yang kagum melihat kegigihannya dalam mencari rezeki.
Terasa rendah diri dengan org macam ni, hebat nye dia buat live dengan music dia hehehe.”
Ramai tak faham sign language, tapi…
Kata Izzaty, dia sedar memang ramai orang tidak faham dengan bahasa isyarat namun ibu kepada 3 anak itu tidak mengalah dan tetap berusaha untuk mempromosikan produk dijualnya.
Susah juga sebab tidak ramai orang tahu bahasa isyarat. Tetapi tidak mengapa, jika selalu buat live, lama-kelamaan orang akan perasan.”
Dari situ, mereka akan mesej saya untuk mengetahuinya lebih lanjut.”
Menurut Harian Metro, Izzaty membuat bisnes tersebut kerana pendapatannya sebagai pekerja kilang tidak cukup untuk menanggung kos sara hidup yang tinggi. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk membuat ‘online business’ sebagai pendapatan tambahan. Suaminya juga merupakan OKU pendengaran dan bekerja sebagai pembantu dapur.
Sekarang, ramai layari FB dan beli barang secara dalam talian disebabkan ianya lebih mudah. Walaupun saya mempunyai kekurangan, tetapi bagi saya kita kenalah ikut trend semasa.”
Walaupun saya mempunyai kekurangan, tetapi bagi saya kita kenalah ikut trend semasa. Anak-anak berusia antara lima hingga 11 tahun, malah saya juga perlu menyara ibu memandangkan saya adalah anak tunggal dalam keluarga.”
Netizen cadang bahasa isyarat jadi subjek di sekolah
Melalui Twitter, ramai netizen menyuarakan pendapat masing-masing selepas video Izzaty itu viral hingga menyentuh hati mereka. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menjadikan bahasa isyarat sebagai salah satu subjek di sekolah supaya lebih mudah untuk orang berkomunikasi dengan golongan OKU.
Ramai yang turut berharap agar ada individu yang faham bahasa isyarat tonton ‘live’I Izzaty supaya dapat membantunya menterjemahkan kepada penonton yang lain. Ada juga netizen yang faham dan beritahu apa maksud bahasa isyarat ditunjukkan Izzaty itu.
Bergenang air mata tengok akak ni gigih mencari rezeki… Jom kita bantu dan beli dari dia.
Baca: “Mcm tu bunyinya” – Gadis Ajar Hukum Tajwid di Tiktok Buat Netizen Kagum