in

“Malu dekat diri sendiri” – Pengawal Keselamatan Bergaduh Dengan Jurulatih MMA Mohon Maaf

ft pengawal keselamatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengawal keselamatan, Muhammad Alim Muhamad Adnizam, 24, atau mesra disapa Alim yang tular bergaduh dengan dengan jurulatih seni bela diri campuran (MMA), Tony Lim dekat luar sebuah kondominium di Selangor, baru-baru ini tampil menceritakan situasi yang berlaku pada hari kejadian.

Katanya, ia berpunca daripada salah faham antara dia dan Tony dari kawasan kondominium itu dan ianya berlarutan sehingga tercetusnya pergaduhan tersebut.


Artikel berkaitan : ⁠Dari Bola Sepak Ke MMA, Patrice Evra Bakal Buat Penampilan Sulung 23 Mei Ini

Artikel berkaitan : “I just defense myself” – Viral Video Gad*h Di Kondo, Lelaki Beri Penjelasan Kenapa T*mbuk Pemuda Baju Hitam

Screenshot 2025 07 23 142418 Copy

“Saya bukan ‘fighter’, ilmu silat pun tak ada, kosong dan perkara itu (kejadian) spontan serta terjadi dengan tiba-tiba. Waktu itu, saya sudah habis kerja dan baru nak tukar syif (dengan rakan sekerja) dan memang ada salah faham dengan ‘fighter’ itu daripada dalam.”

“Saya buat kerja saya, tiba-tiba orang datang, jadi tak relaks, itu yang terjadinya pergaduhan. Saya pula memang jenis orang yang panas baran, saya buat kerja saya saja tapi jangan kacau.”

Tambah Alim, selepas kejadian tersebut dia dan Tony ada membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Puchong, Selangor sebelum mereka berdua berdamai.

“Patut perkara ini sudah selesai pun kerana kami siap bersalam dan berjanji tak nak sebarkan (video) malah dua-dua pun sudah mengaku salah sebelum keluar balai.”

“Tapi selang beberapa hari, saya dapat tahu daripada kawan mengenai video tular itu. Kemudian pak cik dan dan saudara mara pun tanya apa sudah jadi. Tak tahu boleh tular sampai begitu sekali. Malu pun ada sebab saya duduk rumah pangsa dengan keluarga, orang di situ ramai, tapi terpaksa tebalkan muka kerana benda pun sudah jadi.”

Jelas Alim lagi, kes tersebut adalah kali kedua yang membabitkan dirinya dengan orang lain tetapi kejadian tersebut tidak tular. Biarpun dia kini sedang menanggung aib atas apa yang berlaku, dia tiada pilihan dan menjalani kehidupannya seperti biasa.

Malah, dia kini telah dipindahkan oleh majikan ke kawasan perumahan yang bertempat di Puchong, Selangor.

Screenshot 2025 07 23 142353 Copy

“Saya duduk dengan keluarga jadi kalau tak kerja, tak seronok pula dan tak tentu arah juga mulanya. Tapi mujurlah majikan tak berhentikan kerja cuma dipindahkan ke tempat lain saja.”

“Saya ada baca komen, tak ada yang ugut tapi ramai yang beri nasihat. Kecaman itu biasalah, saya terima saja kerana dalam video itu pun nampak saya melenting.”

Jelas Alim lagi, dia mengambil iktibar daripada apa yang terjadi untuk kawal emosi sebaik mungkin dalam menghadapi situasi yang agak tegang. Alim juga turut memohon maaf kepada semua atas apa yang berlaku.

“Pengajarannya adalah kena kawal emosi kerana bila jadi begini, malu dekat diri sendiri dan keluarga sedangkan puncanya benda kecil saja.”

“Jangan nak melenting tak kisah salah ke betul kerana sekarang zaman tular. Kes masih dalam siasatan, tak boleh kata apa, saya tunggu dan terima saja keputusan pihak berkuasa.”

“Saya nak minta maaf juga kepada semua dan keluarga atas apa yang berlaku. Cukuplah apa yang sudah tular. Hari ini, hari saya, esok lusa tak tahu.”

Difahamkan akibat pergaduhan itu, Alim menerima empat jahitan di bibir kesan kecederaan.

Harap lepasni jangan lah gaduh-gaduh.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.