Walaupun tempoh perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 28 April depan, masih ada lagi segelintir rakyat Malaysia yang ingkar dengan arahan dan keluar rumah sesuka hati. Patutnya bersyukur sebab kita bukannya lockdown tau.
Kali ini, rakyat Malaysia yang kini menetap di Sepanyol, Noor Azlin Razali telah berkongsi tentang keadaan lockdown di sana yang boleh diibaratkan seperti kota hantu berikutan penularan wabak Coronavirus menerusi Facebook.
https://www.facebook.com/ciklynn.beautysecrets/posts/1452018128310946
Menurut wanita yang tinggal di Madrid ini, bilangan kes positif Covid-19 di negara itu masih lagi menunjukkan peningkatan walaupun telah hampir sebulan perlaksanaan perintah berkurung.
Difahamkan, setakat ini kes kematian akibat virus korona di sana telah mencecah angka 15,000. Allahu, dah macam darurat dah ni.
Katanya, antara yang menjadi punca kes positif semakin meningkat ialah ramai yang menganggap gejala Covid-19 yang dialami seperti selesema yang merupakan perkara biasa ketika musim sejuk.
Selain itu, virus tersebut juga telah menjangkiti ahli keluarga pesakit yang telah dijangkiti lebih awal sebab katanya ramai yang mengambil mudah dengan kesihatan mereka.
Rata-rata netizen berharap agar perkongsian wanita ini dapat dijadikan iktibar.
Jadi, kalau korang taknak berhadapan dengan perkara yang sama, tolonglah dengar arahan KKM dan stay at home.
Baca: Wanita M’sia ‘Terperangkap’ Di China Kongsi Macam Mana Dia Hidup Sepanjang 40 Hari Kena Lockdown