in

“Malaysia pun ada!” – Ini 7 ‘Superhero’ Tempatan Yang Korang Patut Kenal

cats 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Astro Shaw telah mengumumkan bahawa selebriti Malaysia, Nas-T akan memegang watak hero tempatan, Keluang Man dalam filem terbaru produksi tu yang bakal ditayangkan pada 2025.

Tapi sebenarnya, Malaysia ni dah ada banyak dah adiwira level-level luar negara tau! Malah, ada yang korang tak pernah tahu pun sebelum ni. Jadi, untuk artikel kali ni min nak cerita tentang superhero tempatan yang pernah menjadi kegilaan masyarakat suatu ketika dahulu.


1. Chempiang

adiwira superhero chempiang cempiang tv3

Mungkin generasi sekarang ni tak kenal dengan hero ni. Sebabnya, karakter Chempiang ni wujud pada era 90-an di mana ia dilakonkan oleh Noor Aminuddin. Menariknya, watak ini merupakan adaptasi dari sebuah komik tempatan dan dijadikan sebagai siri di televisyen.

Ia diarahkan oleh Meor Hashim Manap dan juga menampilkan Sasha Saidin yang memainkan watak antagonis iaitu Hati Pecah. Misinya adalah untuk mencari serta menghapuskan Chempiang.

Akan tetapi, banyak yang kata hero ni agak mengecewakan sebab selalu kalah dalam perlawanan dan jalan ceritanya juga tergantung.

2. Atoi The Ajaib Boy

Kapowwposter

Atoi membuat penampilannya dalam filem arahan Azizi Adnan pada 2010. Ia dilakonkan oleh pelawak terkenal iaitu Zizan Razak yang juga dibintangi oleh heroin, Lisa Surihani.

Pada awalnya, Atoi ni cumalah budak kampung yang selalu bernasib malang namun bercita-cita nak jadi adiwira. Suatu hari, dia peroleh kekuatan superpower iaitu larian laju dan tembakan kilat setelah disambar petir.

Sejak dari tu, dia menjadi sangat terkenal kerana mampu mengalahkan penjenayah lebih cepat dari kumpulan adiwira Astromen yang dilakonkan oleh Datuk Awie, Rosnah Mat Aris dan Harun Salim Bachik.

Artikel berkaitan: “Unsung heroes!” – Kenali 4 Wartawan Berani Yang Tak Henti Sebar Kebenaran Di Palestin

3. Supermak

supermak superhero

Superhero kali ni pula merupakan seorang wanita dan juga ibu yang dilakonkan oleh Nasha Aziz dalam satu siri yang berlangsung dari 25 Julai hingga 24 Oktober 2011 di slot Aksi TV3.

Ia mengisahkan tentang Supermak yang mempunyai kekuatan dan kelajuan luar biasa yang diwarisi daripada nenek moyangnya. Dia menggunakan kuasanya itu untuk membanteras jenayah dan melawan penjahat bernama Bashar yang dilakonkan oleh Zul Yahya.

Pada masa yang sama, dia terpaksa menjaga kedua-dua anaknya yang masih kecil serta menyembunyikan identiti wiranya daripada suaminya iaitu Inspektor Rees lakonan Azhan Rani.

4. Ryujin Juwara

a8uiejVl

Siapa yang minat siri Power Rangers pasti akan suka dengan hero ni yang juga menggunakan konsep yang sama iaitu pahlawan berkostum. Ryujin Juwara juga merupakan siri yang ditayangkan pada 2014 dan dilakonkan oleh Iedil Putra yang memegang watak sama seperti tajuk.

Misinya adalah untuk mempertahankan batu Mabui yang menjadi simbol kesejahteraan di Kampung Batik daripada musuh-musuh yang ingin merampasnya. Menariknya, hero ini merupakan hasil kerjasama produksi Malaysia dengan syarikat animasi di Jepun. Ia juga merupakan adaptasi dari siri Ryujin Mabuyer yang ditayangkan pada 2008.

5. Pepaya Man

pepaya

Pepaya Man ni juga diadaptasi daripada karakter animasi luar negara iaitu Popeye yang menjadi gagah perkasa bila makan bayam. Cuma, hero yang dimainkan oleh Zul Yahya ni mendapat kekuatan luar biasa dengan hanya makan buah betik.

Seperti Atoi, dia juga merupakan seorang yang sering dibuli kerana bersifat lurus bendul namun, dia peroleh kebolehan istimewa apabila terperangkap dalam sebuah tong yang merupakan alat uji kaji seorang profesor. Sejak dari itu, dia menggunakan kekuatannya untuk melawan penjenayah serta menggagalkan rancangan jahat ibu saudara dan sepupunya.

Artikel berkaitan: “Kena, kena, kena!” – Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Ramai Netizen ‘Approve’

6. Antoofighter

m8

Antoofighter merupakan kumpulan adiwira rahsia yang sudah wujud berkurun lamanya di mana lima orang manusia akan terpilih untuk mempertahankan dunia daripada kuasa jahat setiap 60 tahun.

Kisahnya, Drakulat Van Listerooy yang dimainkan Datuk Awie telah melepaskan hantu dan jembalang yang telah membuat kacau lalu menawan Menara Kuala Lumpur. Selain itu, dia juga berniat untuk menyeru Lord Sharon iaitu syaitan untuk menguasai seluruh dunia.

Oleh itu, wujudlah kumpulan adiwira ni yang bertungkus-lumus mempertahankan keamanan dunia daripada hantu-hantu tu. Menariknya, ia juga menampilkan beberapa pelakon popular yang lain seperti Maya Karin dan Soffi Jikan.

7. Cicak Man

maxresdefault 2

Tipulah kalau korang tak kenal dengan superhero ni. Cicak Man merupakan seorang adiwira yang mempunyai kekuatan luar biasa dan lidah yang panjang seperti seekor cicak. Dipercayai, dia mendapat superpower tu apabila minum secawan kopi yang dicemari dengan cicak yang dijangkiti virus.

Untuk dua siri pertama filemnya, ia dibintangi oleh Saiful Apek manakala Cicak Man selepas tu dilakonkan oleh Zizan Razak. Bersama kekuatan yang dimilikinya, dia kena pertahankan kota Metrofulus daripada penjahat seperti Profesor Klon dan Super Bro.

Sumber: Iluminasi, RiseMalaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.