Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 yang disambut pada hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan buat para pengikutnya di Instagram.
Dalam perkongsiannya di Instagram itu, Datuk Lee Chong Wei turut menimbau kenangan zaman kanak-kanaknya di mana dia gemar bermain bola sepak bersama rakan-rakan pelbagai bangsanya ketika masih kecil dahulu.
Artikel Berkaitan: “Tak pernah tak lawak” – Lee Chong Wei Kongsi Kejayaan Anak Dapat ‘A’ Dalam Ujian BM Tapi Rupa-Rupanya…
Artikel Berkaitan: Datuk Lee Chong Wei Ajar Lin Dan Bahasa Melayu
Menurut bekas pemain badminton kebangsaan ini, ketika zaman kanak-kanaknya, beliau dan rakan-rakannya sering bermain bola sepak dan mereka akan bermain sehingga waktu malam.
Masing-masing hanya akan pulang apabila terdengar laungan azan Maghrib.
Tula kita masa main bola. Berganding bahu untuk menang. Biasanya main sampai tak tahu malam. Tetiba laungan Maghrib tiba barulah semua berlari balik bagai lipas kudung.
Semua takut ibu tak kisah ibu India, Melayu, Cina, bumiputera atau mat salleh. Aku biasanya budak terakhir tinggalkan padang bersama Abeed dan Nagentheran.
Aku pemilik bola. Abeed dan Nagentheran pemilik kasut tiang gol. Malaysia paling kuat apabila semua kaum bersama,” imbaunya.
Menurut Chong Wei, negara Malaysia tanah tumpahnya darah kita semua ini paling kuat apabila semua kaum bersama.
Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia!
Sumber: Instagram @leechongweiofficial