Korang boleh survive tak kalau tak tengok socmed sehari?
Sebuah kajian mendapati rakyat Malaysia berada di tangga kedua bagi negara yang paling banyak menggunakan pelbagai platform media sosial.
Menurut laporan Wion News, kajian tersebut dilakukan oleh syarikat pembekal proksi, Proxyrack dan ia mendedahkan negara ini juga berada di tempat ketiga dari segi negara yang mempunyai keterhubungan (connectivity) paling meluas dengan hampir 97 peratus daripada populasinya menggunakan internet.

Tempat pertama bagi negara yang paling banyak menggunakan platform media sosial adalah milik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan catatan skor 9.55 daripada 10.
Malaysia dan Filipina berada di tempat kedua dengan merekodkan skor sebanyak 8.75, diikuti dengan Arab Saudi (8.41), Singapura (7.96), Vietnam (7.62), Brazil (7.62), Thailand (7.61), Indonesia (7.5) dan Hong Kong (7.27).
“Dengan mencatatkan skor yang hampir sempurna, UAE berada pada kedudukan teratas dan digelar ‘pusat tumpuan media sosial dunia’.
Penduduk UAE secara purata mempunyai sebanyak 8.2 platform media sosial, yang merupakan kedudukan ketiga di dunia selain mencatatkan peratusan tertinggi bagi individu yang mempunyai akaun Facebook iaitu 100 peratus,” kata Proxyrack.
Difahamkan, penduduk Malaysia memperuntukkan masa kira-kira 8 jam dan 6 minit sehari untuk melayari internet.
Baca: “Hati-hatilah” – Scam Baju Raya Di Media Sosial, Tawar Harga Tak Masuk Akal