in

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Untuk Bincang Soal Tarif Trump – PMX

anwar hantar pegawai ke washington

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan tariff timbal balik 24 peratus yang dikenakan ke atas Malaysia, Putrajaya akan menghantar pegawainya ke Washington untuk memulakan proses dialog dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga mengesahkan bahawa delegasi Malaysia akan berlepas ke Washington pada akhir April ini.


3075980

Artikel berkaitan: Rakyat Amerika Syarikat Mulakan Demonstrasi Menolak Pentadbiran Trump

Menurut Anwar, ini adalah sebahagian daripada diplomasi perbincangan secara baik.

Kita akan menghantar pegawai kita ke Washington untuk memulakan proses dialog. Mungkin agak terbatas untuk penilaian semua, tetapi masih ada ruang untuk menyesuaikan dengan pelaksanaan dasar.

“Dalam pada itu, Malaysia akan menyesuaikan diri, seperti yang selalu kita lakukan. Angin mungkin beralih, tetapi kita tidak akan hanyut. Strategi kepelbagaian perdagangan kita sudahpun semakin meningkat.

“Walaupun Malaysia berhasrat untuk kekal sebagai rakan perdagangan yang teguh dengan AS, namun dalam masa yang sama kerajaan akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjaga kepentingan ekonominya,” katanya dalam satu ucapan pada Persidangan Pelaburan ASEAN 2025.

AFP040386678 2 1743825211

Katanya lagi, ini termasuk melibatkan diri secara proaktif dengan AS bagi mencapai hasil saling menguntungkan dan pada masa yang sama, mempelbagaikan dan mengukuhkan hubungan dengan semua pasaran utama di seluruh Kesatuan Eropah (EU), Asia, Timur Tengah dan Afrika.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perdagangan Malaysia dengan AS telah lama menjadi model saling memberi manfaat bersama.

Eksport kita bukan sahaja menyokong pertumbuhan di sini tetapi pekerjaan berkualiti tinggi di seluruh AS. Hubungan komersial ini telah memberi manfaat yang baik kepada kedua-dua negara tetapi langkah-langkah ini mungkin akan memudaratkan semua,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.