in

“Makpak dia mana?” – [VIDEO] Netizen Seriau Tengok Budak Main ‘Flying Fox’ Sendiri, Siap Dukung Adik

kanak kanak flying fox

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, telah menjadi satu isu hangat apabila seorang wanita mendukung anaknya sambil melakukan aktiviti extreme, flying fox.

Belum sempat reda isu berkenaan, telah muncul sebuah lagi video yang membuatkan kebanyakan netizen berasa marah dan seriau melihatnya.


Menerusi video yang dimuatnaik ke laman Facebook itu, kelihatan dua orang kanak-kanak kecil sedang melakukan flying fox tanpa pengawasan orang dewasa mahupun ibu bapa mereka.

Sebelah tangan dukung adik, sebelah lagi pegang camera

Dapat dilihat, tangan kiri si abang sedang mendukung adik perempuannya sambil tangan kanan pula memegang camera untuk merakam momen itu.

Walaupun si adik telah diikat dengan peralatan keselamatan oleh kru. Namun, dalam video berkenaan dia tidak memakai helmet seperti yang dipakai oleh abangnya.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa kesal apabila kru-kru yang menjaga aktiviti berkenaan sempat bergelak tawa biarpun melihat dua kanak-kanak itu melakukan aksi ekstrem tersebut.

Aktiviti ini dikatakan berlaku di Kuala Kubu Bharu, Selangor, iaitu tempat yang sama melibatkan wanita yang viral bermain flying fox bersama anaknya itu.

“Helmet tu pun bukan saiz kepala budak-budak..” – Netizen

Screenshot 2022 11 14 145751 1

Video yang berdurasi seminit dua saat itu, telah membangkitkan kemarahan warganet terhadap ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang disifatkan membahayakan anak-anak mereka.

Ramai yang mempersoalkan SOP keselamatan permainan ekstrem tersebut dan bagaimana kru-kru boleh membiarkan perkara ini berlaku.

Tinjauan ke ruangan komen mendapati, warganet meluahkan rasa seriau dan marah mereka apabila milihat video berkenaan dan ada juga netizen yang bertanyakan keberadaan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Screenshot 2022 11 14 150749

Screenshot 2022 11 14 150608

Screenshot 2022 11 14 150658

Seriau darah min tengok budak-budak ni…

Baca : “Safety kelaut” – Netizen Gerun Tengok Wanita Dukung Anak Masa Buat Flying Fox

ft wanita main0 flying fox bawa anak0kecil 758x399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.