in

“Maklumat kolej pun palsu” – 2 Pelajar Kantoi PALSUKAN Borang Rentas Negeri, Dari KL Ke Kuantan

Ft Borangpalsu

Tindakan berani dua pelajar kolej swasta memalsukan borang rentas negeri mengundang padah apabila mereka berdua ditahan pihak berkuasa. Menurut Awani, pelajar wanita yang masing-masing berusia 22 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong, kelmarin selepas anggota bertugas meragui kesahihan borang dikemukakan.

Polis3 2

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mereka malah turut menggunakan maklumat palsu tentang kolej pengajian swasta mereka dan salah seorang didapati positif dadah jenis ganja.

Siasatan awal mempercayai cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang itu bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.”

Rentas1

Kes kini disiasat mengikut Seksyan 468 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan surat palsu yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Sementara itu, suspek yang didapati positif dadah siasatan dilakukan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu.”

Berani betul, kan dah kantoi.

Baca: “Sendiri makan sendiri simpan” – Kecoh ‘Ain’ Upload Borang Rentas Negeri, Polis Chukai Sahkan Tandatangan Dipalsukan

Ft Ainrentas

Sumber: Utusan