in

“Makin nekad sekarang” – [Video] Pengemis Naik Angin Tak Diberi Wang, Pukul Cermin Kereta Guna Selipar

pengemis mengamuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini Lobak Merah pernah melaporkan tentang seorang wanita yang kepalanya diketuk seorang pengemis gara-gara tidak memberikan wang, kali ini kami mahu berkongsi pula kisah lebih kurang sama yang menimpa seorang pengguna media sosial.

Kompas melaporkan, kejadian terbabit sempat dirakam seorang pengguna media sosial yang tak didedahkan identitinya di sebuah persimpangan di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.


62b4019f489a8 e1656137098979

Menerusi video yang telah dikongsikan semula di laman Instagram, dapat dilihat seorang pengemis memakai baju t-shirt berwarna merah berdiri di sebelah sebuah kenderaan sebelum dia bertindak memukul tingkap kenderaan terbabit menggunakan selipar yang dipakainya.

“Kronologinya, dia (pengemis) meminta-minta wang dan selepas permintaannya tak dituruti, dia marah lalu memukul cermin kereta dengan selipar,” tulis kapsyen video terbabit.

Korang boleh tengok video tu kat bawah:

https://www.instagram.com/p/CfIU4NrJ70q/?hl=en

Mengulas video yang kini viral itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Kota Semarang, Fajar Purwoto berkata, rupanya pengemis dalam video terbabit sudah dua kali diberkas.

Difahamkan, pengemis terbabit disyaki mempunyai rangkaian yang beroperasi di kawasan lain.

Selain itu, Fajar Purwoto juga menyangkal dakwaan pengguna media sosial yang mendakwa pengemis terbabit tidak waras.

“Berdasarkan siasatan, kami sahkan dia (pengemis) tidak gila. Tetapi kadangkala bila tidak diberi wang, dia akan meludah dan mengetuk pintu kereta,” katanya.

Sumber: Kompas

Baca: Wanita Bingung Kepala Diketuk Peminta Sedekah Hanya Kerana Tak Beri Wang

cats 15 e1656133733762

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.