Tak dinafikan, nama penyanyi dan pelakon wanita, Nabila Razali sering kali menerima kritikan ramai apabila membuat persembahan secara langsung, sejak insiden dia terkucil dahulu.
Baru-baru ini, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah menarik perhatian apabila memuat naik video pendek menyanyikan lagu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di TikTok.
Menerusi perkongsian tersebut, Nabila dilihat mendendangkan lagu Azimat Cinta nyanyian asal Siti Nurhaliza ketika sedang menyalakan lilin dengan berbusana baju kurung.
Artikel berkaitan: “Padu terokkk” – Nyanyi Lagu Celine Dion, Suara Nabila Razali Dipuji Makin Sedap Dalam The Masked Singer
@nabila.razalii Niat nak bakar lilin je #CandleCover
“Niat nak bakar lilin je.”- tulis Nabila di TikTok
“Banyak improve dah suara”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji vokal penyanyi itu kerana telah menunjukkan banyak peningkatan, malah kedengaran lebih baik berbanding sebelum ini.
Selain itu, ramai juga memberikan kata-kata semangat kepada pelantun lagu Pematah Hati ini untuk tidak berputus asa.
Terdahulu, ketika edisi AJL35, Nabila yang layak ke pentas berprestij tersebut menerusi lagu Peluang Kedua, hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF dikritik hebat apabila gagal memberikan persembahan dengan baik, terutama pada bahagian korus.
Hasil usaha yang tak pernah putus asa. Semoga Nabila terus maju jaya dalam bidang nyanyian!
Sumber: TikTok