Bila baca mengenai kes pasangan ini, rasanya boleh dirumuskan betapa pentingnya kita untuk kenali personaliti dan faham situasi seseorang, bukan sahaja dari sudut syarat untuk dijadikan suami/isteri.
Kisahnya apabila ada seorang suami memberikan soalan untuk tanya pandangan menerusi sesi soal jawab anon di Instagram dimana identiti orang yang bertanya itu tidak akan didedahkan. Si suami itu meluahkan rasa terkilan dengan sikap isterinya.
Dear anon. Sila fahamkan ada manusia jenis introvert yang memang tak suka bergaul dengan orang. Dia jadi penat tau paksa diri nak bergaul. Mungkin isteri kau seorang yang introverted. Sebelum kau sound, kau tanyalah dia elok-elok. Kau suami kot. Tunjuk kematangan sikit. pic.twitter.com/FD5jyi1h8m
— Abah (@chairmanGLC) September 14, 2022
Menurutnya, tidak dinafikan bahawa si isterinya pandai masak, tak banyak kerenah bahkan agama pun bagus, tetapi lelaki ini jadi ralat apabila si isteri ini tak pandai bergaul dengan orang.
“Banyak alasan dia kalau jumpa sedara mara. Kalau ikut dia tak suka stay lama siap ada time limit. Makin lama aku dah jadi makin bosan dengan dia. Tak tahu macam mana nak sound dia lagi.”
Pertanyaan itu dikongsikan semula di laman Twitter dan telah meraih lebih daripada 5,300 jumlah retweets dalam masa 17 jam.
“Kau suami kot, tunjuk kematangan sikit” – Netizen
Menurut individu yang kongsikan pertanyataan ini, dia menjelaskan bahawa sikap dan personaliti manusia terbahagi kepada dua jenis, malah dia juga tegur si tukang tanya ini supaya bersikap lebih matang.
“Dear anon. Sila fahamkan ada manusia jenis introvert yang memang tak suka bergaul dengan orang. Dia jadi penat tau paksa diri nak bergaul. Mungkin isteri kau seorang yang introverted. Sebelum kau sound, kau tanyalah dia elok-elok. Kau suami kot. Tunjuk kematangan sikit.”
Dalam pada itu, ramai netizen mengecam si suami ini kerana tidak faham personaliti seseorang, malah ada yang dalam kalangan orang introvert juga mengecam si suami ini.
Dalam pada itu, ada juga yang anggap ia hanyalah sekadar alasan dan meramalkan bahawa lelaki ini sebenarnya curang.
Hurm, bagi min suami tak expect isteri itu ikut dan turutkan kehendaknya memanjang dan suami juga kena mainkan peranan untuk turutkan kehendak isteri dan kenali isterinya lebih mendalam.
Baca : “Patut ke kahwin lain? – Suami Mengeluh Dakwa Isteri Boros, Habiskan RM100 Dalam 25 Hari