in

“Makin laju dia lari”- Gelagat Ayam Pakai Kasut Buat Ramai Terhibur

f2 ayam pakai kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kucing dikenali sebagai haiwan peliharaan yang ada banyak gelagatnya, apa kurangnya dengan binatang ternakan seperti ayam.

Seperti gelagat seekor ayam yang tular di media sosial baru-baru ini apabila ia memakai kasut bersaiz kecil dipercayai milik kanak-kanak.


Video gelagat ayam itu memakai kasut telah dikongsikan di akaun Instagram pawfect.companions_412 dan sehingga kini telah meraih lebih dua juta tanda suka dari warganet.

Ini kerana ramai yang terhibur melihat gelagat ayam itu berlari dengan memakai kasut bersaiz kecil untuk kanak-kanak itu.

 

Artikel Berkaitan: “Kau ingat rumah aku ni zoo ke?” – Monyet Ceroboh Dapur, Gelagat Reen Rahim Bikin Netizen Terhibur

Artikel Berkaitan: Mesra Macam Teman Lama, Aksi Suap Burung Gagak Di Kedai Mamak Raih Perhatian Warganet

Dalam video tersebut, dapat dilihat ayam itu memakai kasut berwarna putih dan ia dilihat berlari laju walaupun pakai kasut.

Apa yang kelakarnya ialah disebabkan pemakaian kasut itu, ayam itu hampir nak tergelincir apabila ia berlari di kawasan yang ada air.

4 5

Namun, di akhir video dapat dilihat juga kasut yang dipakai oleh ayam itu hanya tinggal sebelah sahaja.

Gelagat ayam memakai kasut itu telah membuatkan ada netizen yang tiba-tiba rasa macam nak pelihara ayam sendiri.

Sumber: Instagram @pawfect.companions

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.