in

Makcik Menyamar Jadi Tetamu Kenduri, Konon Tumpang Tandas Rupanya Curi Beg Tangan Tuan Rumah

mencuri menyamar jadi tetamu kenduri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa majlis perkahwinan adalah acara yang paling sibuk buat semua kaum kerabat.

Ada sahaja perkara yang perlu diuruskan sehinggakan keadaan sekeliling pun kita terlepas pandang.


Jadinya, waktu beginilah ada yang akan mengambil kesempatan dengan bertindak ‘panjang tangan’ seperti video yang tular di media sosial ini.

Artikel berkaitan: “Tak dapat dielak” – Kos Kenduri Kahwin Dijangka Meningkat 20% Tahun Ini

Artikel berkaitan: “Tak ada common sense” – Tetamu Wedding Tak Bangun Walau Dah Habis Makan, Saudara Tuan Rumah Terpaksa Makan Atas Lantai

Dalam rakaman video yang dikongsikan itu, dipaparkan kelibat seorang wanita pertengahan usia disyaki mencuri beg tangan di sebuah rumah.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan dan wanita berkenaan didakwa telah menyamar sebagai salah seorang tetamu.

Wanita terbabit disyaki meminta izin untuk masuk ke kediaman tuan rumah kerana ingin menggunakan tandas.

Screenshot 2025 02 03 125558

Namun, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumah terbabit, wanita tersebut dilihat pergi ke deretan almari dan terus mengambil sebuah beg tangan yang berada di atas perabot berkenaan.

“Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500.”

Menerusi maklumat yang dikongsikan TikTok Malayan Secret Society, kejadian berlaku pada 1 Februari 2025 jam 12.40 tengah hari.

@malayansecretsociety

Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM 2,500. Tarikh: 01 Feb 2025 Masa: 12:40PM Lokasi: Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Dilaporkan, lokasi kejadian kecurian adalah di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas Kelantan.

Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu yang disyaki boleh menyalurkan maklumat ke IPD Pasir Mas untuk membantu siasatan.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.