in

Makcik Curi RM2,500 Di Rumah Pengantin Ditangkap, Ada 10 Rekod Jenayah

makcik menyamar tetamu curi wang 10 rekod jenayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita warga emas yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri wang RM2,500 pada majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan dekat Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu akhirnya sudah ditangkap polis.

Suspek yang berusia 61 tahun itu ditahan jam 5.04 petang pada Ahad oleh anggota polis di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan, lapor Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.


“Ketika pasukan polis melakukan rondaan di sekitar bandar Kota Bharu, kita terserempak dengan sebuah teksi jenis Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan dan pasukan terus mengekorinya.

“Sebaik tiba di Jalan Sri Cemerlang, pasukan polis menahan kenderaan berkenaan sebelum menangkap warga emas wanita terbabit bersama pemandu teksi berusia 62 tahun.”

Artikel berkaitan: Makcik Menyamar Jadi Tetamu Kenduri, Konon Tumpang Tandas Rupanya Curi Beg Tangan Tuan Rumah

Screenshot 2025 02 17 103617

Menurut beliau, anggota bertugas telah melakukan pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua suspek dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mencuri wang berjumlah RM2,500 semasa majlis perkahwinan tersebut.

Polis juga memaklumkan suspek didapati mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk di Terengganu.

Difahamkan, pemandu teksi yang juga rakan wanita itu turut ditahan dan turut mempunyai satu rekod jenayah.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas hari ini untuk perintah tahanan reman.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.