Rasanya ramai di antara kita yang tahu dan sedia maklum dengan frasa ‘Karen’ dan makna disebaliknya.
Bagi korang yang tak tahu pula, Karen merupakan satu slang di Amerika Syarikat yang membawa maksud seorang pelanggan pertengahan usia (selalunya wanita) yang tak pernah puas dengan servis sesebuah premis perniagaan yang dilawatinya. Ada jelah benda yang Karen ni rasa tak kena sampai perlu nak bertekak dengan semua orang dan perlu panggil pengurus kedai. Bak kata orang putih, entitled gituh…
Bercakap pasal Karen, korang tahu tak ada sebuah rangkaian restoran makanan segera di Australia dimana semuanya stafnya memang dibayar untuk menghina dan mencaci pelanggannya. Pendek kata, kalau korang memang teringin nak bertekak dengan staf restoran, kedai makan ni patut dimasukkan dalam bucket list travel korang.
Boleh komplen sepuas hati sebab takde siapa kisah
Berpandukan moto ‘Makanan sedap tapi servis kelaut’, Karen’s Diner yang pertama kali membuka pintunya pada Oktober tahun lalu di Sydney, Australia menawarkan peluang kepada anda untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang Karen.
Turut mempunyai cawangan di United Kingdom, Karen’s Diner difahamkan bakal melebarkan sayapnya ke beberapa kawasan lain di Australia dan Amerika Syarikat.
“Di Karen’s, anda akan disambut dan dilayan oleh staf kami dengan kurang ajar dan kami juga menganggap anda juga akan menjadi seperti seorang Karen di restoran kami. Karen’s Diner menawarkan anda peluang dimana anda boleh menyuarakan rasa tak puas hati anda secukupnya kerana kami tak kisah langsung,” tulis laman web rasmi restoran ini.
Menurut seorang pelanggan yang pernah datang ke restoran ini, servis yang diberikan staf disitu sememangnya sangat teruk dimana ada yang sengaja mencampakkan menu di atas meja makan, gelakkan gaya rambut anak perempuannya dan mencaci jika ada mana-mana pelanggan yang tanya soalan pasal kedai tersebut.
“Idea disebalik Karen’s Diner ini adalah ia merupakan satu tempat dimana anda boleh benar-benar jadi diri sendiri dimana anda boleh cakap apa saja yang anda mahu sambil bergaduh dengan staf restoran yang akan harapkan anda beri mereka tip untuk servis mereka,” kata pengarah syarikat disebalik Karen’s Diner.
Sumber: Oddity Central, Karen’s Diner
Baca: “Are you working for US?” – [VIDEO] Karen M’sia Mengamuk Dihalang Masuk Mall Sebab Tak Pakai Mask