in

“Mak kau hijau yang sebenar”, Wanita Obses Warna Hijau Lebih Dua Dekad

cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mempunyai warna kegemaran mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, individu yang gemarkan warna hitam akan cenderung untuk memakai pakaian berwarna hitam dan membeli barangan dengan warna yang sama. Namun, mereka masih boleh memakai warna lain mengikut situasi.

Namun, lain pula kisahnya buat seorang wanita berusia 82 tahun dari Brooklyn, Amerika Syarikat (AS) yang terlalu obses dengan warna hijau. Difahamkan, wanita ini telah memakai pakaian dan barangan berwarna hijau sejak lebih 20 tahun yang lalu.


3 2

Elizabeth Sweetheart, atau lebih dikenali sebagai Green Lady of Brooklyn terlau obses dengan warna hijau sehinggakan semua barang di sekelilingnya berwarna hijau. Selain daripada pakaian, Elizabeth turut mewarnakan rambutnya dengan rona hijau dan memakai cermin mata berbingkai hijau.

Tidak cukup dengan itu, wanita ini turut menggunakan cadar, permaidani, laci pakaian dan pinggan mangkuk berwarna hijau. Jelas wanita ini, dia tidak pasti sejak bila kegilaannya terhadap warna hijau bermula.

1 8

2 9

Ketika ditanya tentang reaksi suaminya, Elizabeth berkata pasangannya itu seorang yang sangat penyabar dan tidak kisah dengan minatnya terhadap warna hijau.

Orang awam serta jira-jiran juga amat memahami dengan minat Elizabeth dan akan memberikan barangan berwarna hijau kepada wanita berkenaan sebagai tanda sokongan. Jelas Elizabeth, kebanyakan barangan berwarna hijau di dalam rumahnya adalah subangan orang awam dan jiran-jiran.

Meskipun sudah lebih dua dekad meminat warna hijau, Elizabeth berkata dia tidak pernah berasa bosan dan tidak terfikir untuk menukar warna kegemarannya itu.

Kredit: Kosmo

BACA: Padang Tandus Di Arab Saudi Bertukar Hijau, Ini Fakta Yang Perlu Korang Tahu

Capture 8

Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.