Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo Ghazali merupakan atlet Muay Thai muda yang sudah mencipta nama di gelanggang antarabangsa.
Baru-baru ini, Jojo berkongsi di TikTok miliknya di mana dia telah menghadiahkan ibunya seutas jam tangan berjenama Rolex yang menyebabkan ibunya itu mengalirkan air mata.
Artikel berkaitan: “Lain kali aku training dengan korang je”- Ramai ‘Coach Socmed’ Kritik, Jojo Ghazali Beri Respon
Artikel berkaitan: Khabib Pelawa Jojo Berlatih Di Gimnasium Miliknya Di Dagestan, Russia
Ibu Jojo pada awalnya, tidak menjangka akan menerima hadiah istimewa berkenaan kerana beranggapan anaknya itu hanya mahu membuat rakaman video berkaitan minyak wangi.
@johanghazali Alhamdullilah special gift for a very special person. Kalau mama tak mengaku Jojo favourite son jojo give up je la.
♬ original sound – JohanGhazaliMuaythai – JohanGhazaliMuaythai
“Alhamdullilah hadiah istimewa untuk orang yang istimewa. Kalau mama tak mengaku Jojo anak kesayangan Jojo give up je la,” tulisnya di kapsyen.
Video itu mendapat perhatian ramai netizen dan rata-rata sebak dengan kejutan yang dilakukan oleh Jojo terhadap ibunya itu.
Malah, ramai juga yang terkejut melihat ibu Jojo yang begitu tersentuh dengan kejutan anaknya itu kerana sebelum ini ibunya itu dilihat sering bergurau kasar dengan Jojo.
Sebagai info, ibu Jojo, Jennana Johnson berasal dari Amerika Syarikat dan juga menceburi sukan Muay Thai sejak umurnya 16 tahun.
Sumber: Kosmo!