Hidup berjiran ni kadang-kadang ada banyak cabarannya sebab biasalah manusia kan ada banyak ragam dan perangai. Kalau dapat jiran yang baik dan bertimbang rasa, alhamdulillah rezeki korang.
Seorang wanita di Jawa Tengah, Indonesia ini pula buntu apabila akses untuk masuk ke rumahnya telah diblok apabila jirannya memutuskan untuk bina tembok sepanjang 10 meter di situ.

Menurut Kompas.com, Sutikah tidak dapat melalui jalan ke rumahnya setelah jirannya yang dikenali sebagai Sunarsih membina tembok berkenaan.
Difahamkan, laluan untuk ke rumah Sutikah sebelum ini sememangnya dibuat di atas tanah milik Sunarsih.
Sebelum ini, hubungan kedua-dua wanita tersebut memang tak pernah baik sebab katanya Sunarsih tak suka sikap Sutikah yang gemar mengata perkara yang tak elok pada dirinya setiap kali mereka bergaduh.
Sutikah juga didakwa pernah menghina arwah suami Sunarsih. Jadi, kini dengan pembinaan tembok tinggi setinggi 2-3 meter terbabit, sukar untuk keluarga Sutikah keluar masuk ke rumah mereka.
Sutikah dan dua orang anaknya juga dikatakan perlu menumpang tinggal di rumah saudaranya buat sementara waktu sebab mereka tak boleh nak masuk ke rumah.

Pihak pemerintah di kawasan itu sekarang sedang sibuk menjadi orang tengah agar masalah untuk dapat diselesaikan. Kedua-dua wanita itu telah dibawa berjumpa agar dapat berbincang dengan baik.
Namun, Sunarsih tetap enggan merobohkan semula tembok itu dan dia hanya bersetuju untuk merobohkan sebahagian sahaja daripada tembok itu selama dua hari untuk memberi peluang kepada Sutikah mengambil barang-barangnya.
Sebelum itu, Sutikah dikatakan telah meminta maaf kepada Sunarsih dan memohon agar akses laluan untuk ke rumahnya dibuka semula.
Dengar kata, tembok itu kemudiannya dah ditutup balik. Pihak pemerintah kampung itu juga akan terus berusaha untuk memujuk kedua-duanya agar berdamai.
Harapnya dorang dapat cepat-cepat berbaik la kan. Sebab ni la kita kena sentiasa buat baik dengan jiran-jiran. Apa pulak pendapat korang?
Sumber: Kompas.com
Baca: “Eh dia marah aku ke?” – [VIDEO] Jiran Ajak ‘Perang’ Kuali Buat Ramai Terhibur!

