Kebenaran akhirnya berpihak kepada yang hak! Kisah ini mengenai seorang pekerja pembersihan di Hospital Sri Manjung yang telah failkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk bayaran kerja lebih masa (OT) selama sejam setiap hari yang tidak dibayar oleh majikannya.
Tuntutannya itu akhirnya berhasil apabila dia menang kes pada 11 Januari lalu di Mahkamah Buruh Sitiawan, Perak.
Kisah pekerja tersebut dimuatnaik @KesatuanPSHK di twitter mereka.
Satu Kemenangan Yang Boleh Memperkasakan Pekerja!
Pada 11 Jan ,kes Pekerja di Hospital Sri Manjung menuntut OT 1 jam di Jabatan Tenaga Kerja telah menang dalam Mahkamah Buruh!
Ini bermaksud,majikan tambah 1 jam masa kerja adalah TIDAK munasabah!
1/#cleanerjugafrontliner pic.twitter.com/3PeRb2no3e
— #CleanerJugaFrontliner – KPSHK (@KesatuanPSHK) January 12, 2021
Menurut sumber, syarikat Edgenta UEMS yang merupakan kontraktor swasta untuk perkhidmatan pembersihan di hospital-hospital kerajaan di bahagian Utara Pantai Barat Semenanjung (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), telah menambahkan masa kerja sebanyak 1 jam setiap hari tanpa bayaran lebih masa (OT).
Susulan itu pihak UEMS telah diperintahkan untuk membayar sebanyak RM1,211 kepada pekerja tersebut sebagai bayaran tuntutan Gaji Kerja Lebih Masa Hari Biasa bagi tempoh Februari 2020 hingga Ogos 2020.
Pekerja tersebut berasa gembira tentang keputusan ini, beliau berkata
"Union ada lagi banyak lagi perlu lawan,kami masih sangat susah, saya harap menang hari boleh lagi bagi union lagi kuat."
Degan perintah berikut,UEMS perlu bayar OT sebanyak RM1211 kepada pekerja tersebut
— #CleanerJugaFrontliner – KPSHK (@KesatuanPSHK) January 12, 2021
Malah turut diingatkan bahawa…
Dalam mana-mana kontrak pekerjaan antara Majikan dan Pekerja yang sedia ada, sebarang pertukaran terma dan syarat dalam kontrak tersebut, perlu ada persetujuan kedua-dua pihak , iaitu majikan dan pekerja! “
So korang kat luar sana, kalau rasa majikan ada berlaku tak adil atau mempergunakan korang, jangan lupa tuntut apa yang sepatutnya hak korang okey…