in

Mahu Kumpul Dana RM100K Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye, Maszlee Malik Sedia Bergusti

3Mm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhasrat untuk mengumpul dana sebanyak RM 100,000 bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.

Untuk mengumpul dana sebanyak itu, Maszlee bersedia untuk bergusti menentang ahli gusti tempatan. Perlawanan yang bakal berlangsung apabila video beliau mendapat 10,000 sukaan itu dimuatnaik oleh beliau sendiri hari ini. Korang boleh tengok video @maszlee di bawah.


Maszlee akan bekerjasama dengan pertubuhan gusti tanah air, APAC Wrestling bagi mengumpul dana. Seterusnya dana yang terkumpul itu akan disalurkan kepada Kedutaan Turkiye di Malaysia.

Hasrat Maszlee yang sanggup bergusti untuk mengumpul dana kepada mangsa gempa bumi adalah atas dasar diplomatik antara Malaysia dan Turkiye.

Dalam tweet itu juga, Maszlee turut menyebut nama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk mendapatkan liputan yang lebih meluas.

Screenshot 2023 02 19 At 3.36.29 Pm
Gambar hiasan

Artikel ini ditulis, video yang dimuatnaik oleh bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu telah mendapat 180 sukaan di akaun TikTok beliau dan lebih 800 sukaan di Twitter.

Namun, tempoh tawaran untuk mencapai 10,000 sukaan ini akan terbuka sehingga bila dan adakah jumlah sukaan di media sosial digabungkan untuk merealisasikan hasrat ini.

Baca: Guna Dialog Kasar & Lucah Dalam Drama Kudeta, Dr Maszlee Malik Buat Permohonan Maaf

Screenshot 2023 02 19 At 3.37.31 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.