Kita selalu tengok pejalan kaki menggunakan telefon pintar ketika berjalan. Kadang-kadang, ada yang sampai terlanggar orang kat depan sebab khusyuk sangat tengok phone.
Untuk mengelakkan daripada berlaku accident, sebuah bandar di Jepun mahu mengeluarkan larangan untuk tidak membenarkan penggunaan telefon ketika berjalan, lapor Channel News Asia.
Rang undang-undang itu telah dikemukakan oleh pegawai bandar Yamato, berdekatan Tokyo untuk mengelakkan warga mereka daripada menggunakan smartphone ketika berjalan. Bernas jugak idea dia ni.
Idea itu timbul sebab semakin lama semakin ramai pengguna telefon pintar dan ia sekali gus meningkatkan kadar kemalangan dalam kalangan pejalan kaki di kawasan penduduk padat.
Namun, kalau masih nak guna phone ketika berjalan, mereka takkan dikenakan sebarang hukuman pun. Rakyat Jepun kan berdisiplin, takde hukuman pun rasanya dorang akan ikut peraturan jugak.
Sebelum ini, kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat mudah alih Jepun dan membabitkan 1,500 peserta mendapati bahawa terdapat 446 kes pelanggaran terjadi dalam kalangan responden yang menggunakan telefon sambil berjalan.
Manakala dua pertiga responden juga terbabit dalam insiden ketika melintas di Shibuya Crossing.
Kalau buat kat Malaysia ni, agak-agak rakyat kita boleh terima tak?