Ciuman tangan menjadi detik terakhir buat pelakon Puteri Sarah sebelum melepaskan statusnya sebagai isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berbuat demikian di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin sambil disaksikan rakan-rakan di galeri awam Mahkamah Rendah Syariah hari ini.
Selepas enam bulan, Syamsul akhirnya melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin.
DIfahamkan, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang dibuat oleh Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Hakim Syarie Akmalluddin mensabitkan telah berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah untuk menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka.
Sebelum Syamsul melafazkan cerai, peguam yang mewakili Syamsul telah memberikan cadangan agar pasangan itu bersalaman bagi memohon maaf.
Berdasarkan persetujuan yang dicapai, mahkamah merekodkan Syamsul membayar nafkah bulanan RM6,000 kepada dua anak mereka.
“Mahkamah turut merekodkan defenden membayar nafkah tahunan kepada anak-anak antaranya insurans berjumlah RM3,500 dan percutian RM5,000 untuk setiap seorang anak. Selain itu, mahkamah merekodkan defenden membayar nafkah edah RM15,000 kepada plaintif.”
Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir pula berkata, Puteri Sarah memfailkan penceraian kerana tiada persefahaman dan keputusan Jawatankuasa Pendamaian (JKP) mendapati telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan).
Kita doakan yang baik-baik buat kedua-dua pihak…
Sumber : Kosmo!
Baca : “Saya tak boleh dedahkan” – Puteri Sarah Kunci Mulut Berkenaan Kes Saman Ira Kazar