in

Mahkamah Arah Siti Bainun Beri Keterangan & Berhujah Tanpa Peguam

siti bainun seorang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Siti Bainun Ahd Razali kini berhadapan dengan tuduhan pengabaian dan aniaya seorang remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Hari ini, tertuduh diarahkan oleh mahkamah untuk memberikan keterangan membela diri walaupun tidak diwakili peguam.


Menurut laporan MalaysiaKini, Siti Bainun diarah membaca pernyataan saksinya selepas hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi, memutuskan prosiding bela diri pengasas Rumah Bonda itu perlu diteruskan agar tidak mengganggu perjalanan kes.

IMG 1174

Bagaimanapun, tertuduh menjawab dia sudah memohon dengan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dan memerlukan masa sebulan lagi bagi membuat persiapan akhir termasuk penyerahan dokumen dan meneliti kes itu.

Siti Bainun memberitahu mahkamah, dia tidak membawa apa-apa salinan pernyataan saksi hari ini dan itu menyebabkan Izralizam menangguhkan sesi itu seketika sebelum menentukan sama ada kes perlu diteruskan atau tidak.

Sebelum ini, semua peguam yang membela kes tertuduh menarik diri dengan alasan tiada kelapangan masa dan pertindihan jadual kes lain.

Sebagai info, Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca: “Bertenang semua” – Peguam Masih Rapat Dengan Siti Bainun Meski Tarik Diri ‘Last Minute

Ft Peguam Siti Bainun Jelaskan Tak Abaikan Bainun 1

Sumber: UtusanTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.