in

“Macam tin sardin” – Penumpang ‘Mengamuk’ MRT Buat Hal, Sangkut Lebih Sejam

Mrt Terkandas Lebih 2 Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum sempat minggu pertama tahun baru 2022 berakhir, ada cerita kurang best berlaku kepada pengangkutan awam MRT yang menyebabkan ramai penumpang terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh lebih lama dari biasa dan juga kesesakan ‘lautan manusia’.

Difahamkan semuanya berlaku gara-gara masalah teknikal yang berlaku di salah sebuah stesen iaitu Phileo Damansara yang melibatkan pengguna MRT Laluan Kajang ke ibukota.


Menerusi pengumuman oleh akaun Twitter rasmi pengendali perkhidmatan tren tersebut, @AskRapidKL, servis alternatif  dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan telah diaktifkan.

Fitdt5Cviaejpc1

Dalam masa yang sama, pengguna dari arah Kwasa Sentral perlu turun dan mendapatkan tren perantara di Stesen Phileo Damansara ke Stesen Semantan dan seterusnya meneruskan perjalanan seperti biasa.

Pengguna dari arah Kajang pula difahamkan perlu turun dan mendapatkan tren perantara di stesen Semantan ke stesen Phileo Damansara.

Menerusi bebenang awal yang dikongsikan, rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan dan pengurusan masalah teknikal ini kerana difahamkan pihak pengendali seakan-akan memberikan ‘harapan palsu’ kerana mereka tersangkut lebih dari sejam di Stesen Phileo Damansara.

Mrt Problem

Dalam masa yang sama, ada yang turut risau dengan keadaan sesak di stesen selain ada yang mendakwa tiada langsung penjarakan atau pemantauan SOP oleh polis bantuan di stesen.

Rapidkl Mrt

Menerusi kenyataan terbaru Rapid Rail, mereka memohon maaf atas kesulitan yang berlaku akibat masalah teknikal yang berlaku kepada sebuah tren ketika menghampiri stesen Phileo Damansara dan pelan alternatif akan terus diaktifkan sehingga keadaan kembali normal.

Pihak Rapid Rail turut meminta pengguna untuk mengikut status terkini perkhidmatan MRT menerusi platform media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini tentang perkara tersebut.

Baca : “Nenek kebayan ke tu?” – [VIDEO] Kelibat ‘Entiti’ Berambut Panjang Di MRT Buat Netizen Cuak, Rupanya…

Screenshot 6

Sumber: Rapid Rail
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.