in

“Macam tengok anak membesar” – Ramai Kagum Dengan Evolusi 7-Eleven Walaupun Dah 40 Tahun Di Malaysia

ft 7 eleven malaysia

Masih segar dalam ingatan ketika cawangan pertama 7-Eleven dibuka di kawasan perumahan dahulu. 

Mana tidaknya, itulah cawangan kedai serbaneka yang pertama di sana yang ada menjual pelbagai jajan, dan paling ‘trending’ pada zaman tersebut pastinya minuman Slurpee yang menjadi fenomena.

Boleh kata setiap petang selepas balik sekolah, pasti kita akan ke 7-Eleven hanya untuk menikmati air sejuk beku ikonik tersebut!

Sehingga hari ini, setiap kali pulang ke kampung, pastinya akan singgah di 7-Eleven untuk melihat ‘penambahan’ yang dilakukan, dan setiap perubahan itu pastinya akan mengukir senyuman buat ramai yang ‘membesar’ dengan 7-Eleven tersebut.

7 Eleven

Manakan tidak, bermula dengan penjualan Slurpee, kini dah ada macam-macam makanan sedia untuk dimakan (Ready-to-Eat), makanan panas serta pelbagai jenis kopi dan minuman lain dan sehingga kini semua rangkaian kedai serbaneka ini mempunyai lebih daripada 2,500 produk. 

Selain itu, kalau korang perasan 7-Eleven kini menawarkan lebih banyak jenama ‘private label’ sebagai contoh 7-Eleven Potato Chips Hot & Spicy, 7-Eleven Caramel Popcorn dan 7-Eleven Mocha Latte (240ml) dan banyak lagi pada harga dan kualiti yang lebih baik berbanding di pasaran dan sehingga kini ada sekitar 200 produk dalam kategori ini dijual oleh 7-Eleven.

Mungkin ada yang tak perasan ada beberapa cawangan 7-Eleven telah dinaiktaraf kepada 7CAFé dan dengan kewujudan 7CAFé ni, lebih banyak makanan sedia dimakan (RTE), makanan panas dan pelbagai jenis kopi mula ditawarkan selain perkhidmatan di cawangan dipertingkatkan bagi keselesaan pelanggan.

209391676 l normal none

Konsep 7CAFé ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga mereka memperkenalkan pula cawangan 7CAFé yang kini lebih daripada 300 buah cawangan. 

Tidak terhenti di situ, bagi meningkatkan kecekapan dan kualiti, 7-Eleven melancarkan pusat pengedaran sejuk bagi memastikan kelancaran penghantaran makanan dan dalam masa yang sama, memastikan ianya segar ketika dihantar ke cawangan-cawangan.

Sentiasa Ada Untuk Anda, Kemudahan Setiap Langkah

Tak dinafikan, sebenarnya perkhidmatan yang disediakan ini sangat ‘dekat’ dengan komuniti setempat dan ianya akan berkembang sesuai dengan peredaran dan trend semasa. 

Disebabkan perkhidmatan, evolusi dan tawaran-tawaran yang sentiasa fresh dan menarik inilah menyebabkan ia menjadi pilihan ramai dan berjaya kekal relevan dalam pasaran.

Koleksi Terhad Ulang Tahun Ke-40 7-Eleven

E Catalogue Jul 090524 05 e1719971941675

Sempena ulang tahun ke-40 ni, 7-Eleven ada melancarkan koleksi unik yang korang boleh dapatkan di semua cawangan 7-Eleven seluruh negara. 

  • 40th Anniversary Cup – Cawan edisi terhad bagi meraikan ulang tahun ke-40 7-Eleven ini direka khas dengan elemen-elemen unik dan boleh didapati dengan hanya RM10 dengan setiap pembelian (PWP).
  • 40th Anniversary Tupperware dengan Kek Kismis – 7-Eleven dengan kerjasama jenama Tupperware ada juga melancarkan bekas Tupperware edisi terhad dengan kek kismis yang boleh didapati dengan hanya RM29 dengan setiap pembelian (PWP).
  • Set Building Block 7-Eleven – Untuk peminat ‘lego’ dan seangkatan dengannya, korang boleh dapatkan set binaan bangunan replika 7-Eleven flagship 7CAFé Puchong dengan hanya RM40, dengan setiap pembelian (PWP). 

Tidak lupa juga, korang berpeluang untuk mendapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat Edisi Terhad Ulang tahun Ke-40 7-Eleven. Untuk para collector, korang mesti teruja untuk dapatkan Tiffin Mangkuk Tingkat ni untuk lengkapkan koleksi merchandise ulang tahun ke-40 7-Eleven korang!

Setiap perbelanjaan minima RM15 akan menerima 1 setem di aplikasi My7E. Jadi, bermula dari 10 Jun hingga 5 Ogos 2024, korang kumpulkan 7 setem dan buat penebusan yang akan bermula dari 24 Jun hingga 11 Ogos 2024! Untuk tawaran GWP Tiffin Mangkuk Tingkat ni hanya terdapat di 7CAFé tau!

Selain itu, kalau korang ke 7-Eleven dalam masa terdekat ni, jangan terkejut kalau pembelian korang tu dapat potongan 40%! Ye, sempena ulang tahun ke-40 7-Eleven Malaysia, diorang adakan promosi Jimat Besar sehingga 40% ke atas barangan terpilih bermula 1 Jun hingga 28 Julai 2024 nanti!

E Catalogue Jul 090524 01 tile

Korang juga boleh tengok juga promosi-promosi makanan segar yang ditawarkan sepanjang bulan ini.

Tawaran Makanan :

– Hidangan Sedia-Untuk-Dimakan + 16oz Slurpee @RM6.90​

– RTE + Mango Passion​ Kon Sajian Lembut @RM7.90​

Tawaran RM3 : 

7CAFé Onigiri hanya pada RM3

Tawaran RM4 :

– 7CAFé Soft Serve Cup Mango Passion @RM4

– 7CAFé Roti Putih Sandwic​

Manis Deals : 

– Pencuci mulut Terpilih pada Diskaun 20%​

Social Media Jul FF 190624 05 tile

 

Selain itu, korang juga berpeluang untuk menang sehingga RM100,000 dalam peraduan ‘7-Eleven x MyDebit Wave’. Korang hanya perlu berbelanja RM15 dalam satu resit dan dalam satu resit dan lakukan pembayaran menggunakan kad ATM korang bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2024 untuk menangi pelbagai hadiah menarik!

Hantar penyertaan di pautan ini: https://7cafe.7eleven.com.my/mydebit-contest/

FA MyDebit WAVEWIN 24 Wobbler 180424o

Maklumat lanjut, korang boleh layari laman web 7-Eleven atau muat turun je aplikasi My7E untuk mulakan pengumpulan setem korang nanti.

Sumber: 7-CAFe
Sumber: 7-Eleven
Sumber: 7-Eleven
Sumber: 7CAFé
Sumber: 7-Eleven