Bila kita cakap pasal dunia sukan sekarang, sudah semestinya temasya sukan yang menjadi tumpuan ramai adalah Sukan SEA yang berlangsung di Hanoi, Vietnam dan juga kejohanan Thomas Uber Cup yang diadakan di Bangkok, Thailand.
Lebih mencuri perhatian, jaguh badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia sekali lagi membawa kemenangan bagi Malaysia dalam pusingan berpasukan apabila berjaya menumpaskan pemain dari Jepun iaitu Kento Momota.
https://twitter.com/nieeeeehh/status/1524422342818267136
Sebaik saja perlawanan antara dua ‘monster’ badminton ini berakhir, bekas pemain No.1 dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei (DLCW) mengulas sedikit tentang perlawanan antara dua pemain tersebut menerusi IG Live yang dilakukan.
Turut menjadi rakan untuk mengulas secara kasual dan bersahaja dengannya adalah Tan Boon Heong. Rakaman skrin perbualan mereka turut dikongsikan di TikTok selepas gelagat mereka menjadi tumpuan!
@laureaaurora The real kutuk member ???@tbh77_oe #thomascup2022 #leechongwei #tanboonheong #kookenkiat #leeziijia #kentomomota #fypシ #badminton
“Lain macam komen!”
Dari klip itu, DLCW dengan selamba bertanyakan kepada Tan Boon Heong tentang persembahan yang ditunjukkan oleh Kento Momota.
“Eh tadi Momota main macam mana ah? Macam taktau main ah?” – DLCW
Kemudiannya soalan itu dijawab dengan sinis sampaikan netizen terhibur kerana jawapannya yang spontan kerana mereka boleh bersahaja ‘mengulas’ perlawanan badminton secara terbuka.
“Dia punya raket takde string” – Balas Tan Boon Heong
Difahamkan Lee Zii Jia akan bertentangan dengan pemain dari India iaitu Lakshya Sen yang dijadualkan akan berlangsung hari ini.
Macam-macam hal betul bila legend komen game play LZJ dengan Momota ni! Tapi korang jangan risau, ni semua sekadar gurauan je, DLCW pun pernah je lawan dengan Momota tu…
Baca: Kecoh Datuk Lee Chong Wei Dapat Tawaran Jurulatih Badminton Singapura, Ini Respon Sempoi LCW...