Rasanya ini bukanlah kali pertama netizen berteka-teki mengenai kehamilan pengacara, pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa.
Menerusi satu posting baru yang dimuat naik Neelofa di Instagram, ramai pengikutnya mula meninggalkan komen mengatakan bentuk tubuh usahawan itu kelihatan sedikit berisi dan kemungkinan besar sedang hamil anak ketiga.
View this post on Instagram
Artikel penuh: Neelofa Lancar Produk Miss V, Buat Promo Guna Gambar ‘Mengundang’
Artikel penuh: Neelofa Dilantik Jadi Duta Jenama Antarabangsa, PU Riz Anggap Sebab Berkat Taat Pada Suami
“Macam baru je umum lahir Abbas. Alhamdulillah rezeki lagi”
Meskipun memakai jubah berwarna merah yang kelihatan agak longgar, ada di kalangan netizen yang sudah meninggalkan ucapan tahniah dan siap ada yang mengimbas kembali kenangan Neelofa yang dirasakan baru sahaja melahirkan anak keduanya, Abbas.
Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, yang mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail pada 27 Mac 2021 telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, 1 tahun.
Korang rasa Neelofa pregnant tak? Laju dah anak nombor tiga. Tak terkejar min!
Sumber: Instagram