Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan baru-baru ini meminta pihak berkuasa lapangan terbang untuk meningkatkan penampilan terminal penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara tersebut dibangkitkan oleh chef tersebut selepas menaiki pesawat untuk ke Pulau Pinang dan mendapati suasana terminal berkenaan seakan-akan pasar mini.
Terminal berkenaan didapati menjual roti, gula-gula dan beraneka keropok dan mungkin kerana susunannya yang tida teratur tersebut, menurut Chef Wan, ianya kelihatan seakan-akan sebuah pasar mini.
“Sedikit hari kita buka gerai cendol dan Pasembor la pulak”
Menurut beliau, barangan niagaan ini menghalang lalu lintas dan mengganggu laluan mereka yang bergegas untuk ke pintu pelepasan dan memberi cadangan supaya barangan niagaan tersebut diletakkan di tempat yang berlainan atau ada cara yang lebih sesuai untuk mencantikkan susunan roti-roti tersebut.
Selain di KLIA, Chef Wan turut menggesa pihak berwajib untuk menaiktaraf terminal bas dan keretapi di Putrajaya Sentral kerana ianya kelihatan tidak terurus, bumbung bocor sehingga perlu diletakkan baldi dan sebagainya.
View this post on Instagram
Lebih mengeruhkan keadaan, lif di sana juga tidak berfungsi dan perkara ini sudah pasti memberikan masalah kepada mereka yang perlu menggunakan kemudahan berkenaan seperti mereka yang berumur dan sebagainya.
Kenyataan chef berkenaan turut disokong oleh Awal Ashaari yang bersetuju bahawa perkara tersebut akan memberikan persepsi negatif kepada pelancong yang pastinya akan tiba di KLIA dahulu sebelum ke tempat lain di Malaysia.
Baca : “Duit boleh cari, ibu segalanya” – Chef Wan Bayar Jururawat Hampir RM6K Sebulan Untuk Jaga Ibu