in

“Macam met gala” – [VIDEO] Jemaah Haji Indonesia Melaram Ketika Pulang Dari Tanah Suci

Ft Jemaah Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Waktu sekarang ini kita sedia maklum, jemaah haji sudah mula pulang ke tanah air masing-masing, mungkin kita boleh lihat perkongsian daripada rakan-rakan, saudara mara di media sosial yang menunjukkan detik manis kepulangan ahli keluarga mereka dari tanah suci.

Malah, di media sosial pun, boleh nampak secara random dekat timeline media sosial kepulangan mereka, tapi apa yang paling menjadi tumpuan warganet ini adalah satu video yang menunjukkan kepulangan jemaah-jemaah haji dari Indonesia ini.


Artikel berkaitan : “Mewah betul” – Khemah Jemaah Haji Korea Di Mina Persis ‘Glamping’ Siap Ada Peti Sejuk Ais Krim!

Artikel berkaitan : Elfira Puji Team Medik Arab Saudi Bantu Jemaah Haji, Tegur Tindakan Individu Rakam Jemaah Meninggal Dunia

Video yang berdurasi 51 saat ini telah meraih 1.6 juta tontonan dalam masa sehari ia dimuatnaik di TikTok, apa yang menjadi perhatian warganet adalah melihat para jemaah wanita melaram ketika turun dari kapal terbang.

Jika diperhatikan pakaian mereka semuanya seperti baru sahaja pulang dari acara-acara besar dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

@pendekarmahdi

Haji menyala #fyp #viral #tiktok #viralvideo

♬ original sound – AbgMeng@ImamBanjar – AbgMeng@ImamBanjar

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mendakwa bahawa tujuan mereka melaram adalah kerana menunaikan haji ini diibarat satu simbol kekayaan buat mereka. Bagaimanapun, rata-rata tergamam apabila melihat mereka melaram seperti berada di Met Gala.

Jemaah Haji Jemaah Haji 2 Jemaah Haji 3 Jemaah Haji 4

Mungkin mereka adalah cara mereka tersendiri, namun bagitu, niat itu kita janganlah pertikaikan hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.