Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak insiden kemalangan melibatkan lori atau muatan berat yang berakhir dengan kematian.
Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan ramai dan ada yang meminta supaya pihak berkuasa melakukan sesuatu agar undang-undang berkaitan dengan kenderaan berat ini diketatkan dan tiada lagi kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di X memaparkan seorang individu yang mendakwa melakukan servis ‘ukir bunga’ pada tayar.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat individu berkenaan mengukir bunga pada tayar kenderaan berat yang sudah botak.
Buat bunga sendiri ? Macam mana la tak terbabas la , tayar meletup semua ? pic.twitter.com/w0ElsoTdaF
— mhmmdhsm (@mhmmdhsm) July 15, 2024
“Mai semua boleh buat, roger ja sampai.”
Artikel berkaitan: Kemalangan Lori Balak: Polis Sahkan Pemandu Lori Tiada Lesen Memandu
Artikel berkaitan: ”Demo bawak nyawo” – Pemandu Lori ‘Sound’ Pemandu Bas Sebab Pandu Melulu
“Tukar jelah baru, kenapa kedekut sangat ni”
Video yang tular itu telah mengundang kecaman netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pemandu lori atau treler yang melakukan perbuatan ini.
Ia ternyata mengundang bahaya dan menyebabkan nyawa orang lain di atas jalan raya juga terancam.
Harap pihak berkuasa dapatlah kuatkuasakan undang-undang yang lebih ketat supaya kes seperti ini tidak berlaku.
Sumber: X