in

“Macam mana nak belok ni?”- Pecah Rekod, Kereta Terpanjang Di Dunia Lengkap Dengan Kolam Renang!

f4 longest car

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini suka tengok koleksi kereta-kereta lama yang unik? Ha, kali ni kami nak kongsikan dengan anda tentang sebuah kereta atau limousine yang telah diiktiraf menjadi kereta terpanjang di dunia oleh Guinness World Records.

Kereta limosin terbabit yang panjangnya lebih kurang 100 kaki (30 meter) itu pada mulanya telah dibina di California pada sekitar tahun 1986 oleh Jay Ohrberg dan pada ketika itu, panjangnya hanyalah 60 kaki.


longest car 4

Namun, ia kemudiannya telah ditambah oleh Ohrberg sendiri agar lebih panjang. Untuk pengetahuan semua, kereta biasa kebanyakannya bersaiz antara 12 hingga 16 kaki sahaja.

Kereta yang diberi nama The American Dream itu juga dilengkapi dengan kolam renang, peti sejuk, telefon, padang golf mini, jacuzzi dan paling best, boleh memuatkan sehingga 75 orang dalam satu-satu masa.

Televisyen pun ada tau korang!

Difahamkan, The American Dream itu telah dibaiki semula oleh sekumpulan individu termasuklah seorang lelaki yang dikenali sebagai Michael Manning.

Sebelum dibaiki semula, kereta panjang ini telah diletakkan di sebuah gudang di New Jersey dan pada zaman kegemilangannya, ia sering disewakan untuk penggambaran filem.

longest car 2

Projek membaik pulih kereta itu memakan masa selama lebih kurang tiga tahun. Mesti korang tertanya-tanya kalau kereta ni dah dibaiki pun, macam mana agaknya ia dipandu di jalan raya sebab nak belok pun macam agak susah je kan?

Ha, jangan risau, limosin ini tidak akan dipandu ke mana-mana sebaliknya ia akan dipamerkan di muzium kereta Dezerland Park bersama koleksi kereta klasik yang lain.

Cool betul kereta ni, mesti best kalau boleh tengok depan-depan kan. 

Sumber: Guinness World Records

Baca: Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube 

longest car 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.