Nampaknya isu mengenai social media influencer ini masih belum berpenghujung sejak harga iklan produk mula didedahkan. Netizen masih lagi mempersoalkan signifikasi nilai servis dengan harga yang ditawarkan.
Sudah semestinya ramai golongan-golongan ini dihujani pertanyaan dan kecaman memandangkan ada yang anggap ‘gelaran’ ini sebagai profession mereka.
Sehubungan dengan itu, ada salah seorang influencer tampil memberikan keterangan apabila disoal berkenaan dengan isu yang sedang hangat ini.
“Kami menjalankan perkhidmatan..Kena ada rate card untuk idea yang klien mahukan”
Sebagai salah seorang influencer, Aisyah Liyana menjelaskan skop tugas yang akan diberikan jika ada klien yang memerlukan perkhidmatannya untuk mengiklankan produk.
Menurutnya, ini adalah pekhidmatannya sebagai seorang content creator di mana mereka akan brainstorm idea untuk sesebuah iklan berdasarkan harga dan pakej yang mereka mahukan untuk iklan.
“Since Ramai sangat tag, I just want everyone to be clear, we do services not goods. We are content creators. We usually give quotation based on the client’s requests. But we do have rate cards for a rough idea what the client can expect the price range.”
Bagaimanapun, kenyataannya ini mengundang kecaman apabila dia menyamakan kerjaya ini setaraf dengan kerjaya-kerjaya berkredibiliti tinggi seperti artikitek.
“We rarely see architects, artists, (other creatives) reveal their prices for the public, correct? Same discretion is expected. Oh and we do pay tax and zakat. At least this is what I can say about my peers and I.”
Susulan itu, lelaki yang dikenali sebagai Chris Enteri beri respon terhadap kenyataan ini.
Macam langit dengan bumi – Netizen
Dia menjelaskan bahawa kerjaya professional ini tidak semudah mana seperti kerja seorang influencer.
“Architects and other professionals are subjected to their ethic rulings which are legally binding. And they have to go through courses, exams and interviews. So stop comparing yourself to them. Macam langit dengan bumi”
Bukan je Chris ni yang gesa untuk tidak menyamakan kredibiliti mereka ini dengan golongan-golongan professional, netizen juga mengutuk kenyataan wanita itu dan menganggap bahawa ianya tak relevan untuk disamakan.
Oh, baru admin faham, followers lagi tinggi lagi mahal, sah-sah idea diaorang akan lagi bagus, jadi makin mahal lah jadinya, tu sebab lah kalau ada pair dengan tunang makin tinggi harga, idea romantik tu kot yang mahalnya. Ehek!
Baca : Influencer Diugut Baling Asid Dekat Muka Sebab Tiru Muka Rosmah Untuk Halloween!